Jom Singgah Sini =)

Monday, 30 April 2012

[Pelik]: Buat Mumia Daripada Makanan McDonald's *0*

Mumia seperti yang korang semua tahu adalah mayat yang diawet sempurna dan telah diamalkan oleh masyarakat Mesir purba pada suatu ketika dahulu..Namun, sekarang ni, proses pemumiaan tak perlu lagi guna mayat-mayat ni, guna produk makanan McDonald's pun dah boleh..Kalau nak tahu, meh baca kat bawah ni..

Seorang artis, Ben Campbell sanggup mengeluarkan duit poket nya sendiri sebanyak $200 bagi membeli burger McDonald's hanya untuk membuat arca mumia ini. 

Hal ini kerana beliau ingin membuktikan bahawa McDonald's tidak lagi membuat makanan semata-mata, namun telah membuat satu medium untuk sebuah arca yang mengerikan.

Di sini, beliau telah mencampurkan burger-burger tersebut dengan sedikit resin bagi membuktikan kepada dunia bahawa makanan McDonald's penuh dengan bahan pengawet dan secara literal nya, mampu bertahan untuk satu tempoh yang lama..

 



Macam mumia betul kan? Kreatif, kreatif..

p/s: Geli pulak bila bayang ini rupa burger McDonald's yang aku telan selama ni =,='


Sunday, 29 April 2012

Wikipedia: Buku Paling Tebal Di Dunia =D

Sudah menjadi lumrah, sekiranya kita dikehendaki membaca buku yang tebal-tebal, nescaya kita dengan sendirinya akan berubah mood menjadi malas..Mana tak nya, suruh baca buku tebal-tebal, dah la ada tulisan je yang penuh, gambar pun tak ada, memang konpom, korang akan campak ja buku tu..Hahaha

Biasanya, kalau buku setebal 300-400 muka surat pun mata dah ke lain, cuba bayangkan kalau korang baca buku Wikipedia yang setebal lebih 5000 muka surat hasil daripada Rob Mathew ni, agak-agak memang tak buka langsung kan? Buku ini mempunyai segala maklumat ringkasan artikel daripada Wikipedia yang telah dicetak..Buku ini mempunyai ketinggian kira 47.5 cm dan mempunyai lebih 5000 muka surat..

Menurut Rob Mathew, walaupun buku ini tebal, ia hanya mempunyai pengisian sebanyak 0.01% peratus daripada seluruh artikel di dalam Wikipedia..Cuba bayangkan kalau kesemua artikel Wikipedia di bukukan semuanya? Entah-entah, jadi lagi tinggi apa..



p/s: Ada ka yang nak baca buku tebal-tebal macam ni? =,='



Saturday, 28 April 2012

Spesies Ketam Warna Ungu Di Filipina =D

Sebelum-sebelum ni aku pernah buat entry pasal belalang dan gajah yang berwarna merah jambu atau pink..Kalau teringin nak baca, korang boleh klik je kat link tu nanti..Berbalik kepada entry hari ni, sebenarnya baru aku tahu dalam dunia ni ada spesies ketam yang berwarna ungu..

Spesies ketam ungu ni telah ditemui oleh sepasukan penyelidik di Palawan, barat Filipina..Spesies ini telah diberi nama saintifik iaitu "Insulamon Palawanense" bersempena kawasan habitatnya ditemui iaitu Palawan..Kalau nak tengok gambar ketam tu, meh usha kat bawah ni..






p/s: Kalau ketam ni boleh makan, agak-agak korang nak makan tak? =D



Friday, 27 April 2012

Inilah Mineral Yang 10 Kali Ganda Lebih Bernilai Daripada Emas *0*

Lazimnya, emas terkenal sebagai bahan mineral yang paling mahal dan paling banyak digunakan selepas berlian..Namun, sebenarnya, masih ada lagi mineral lain yang lebih mahal daripada emas dan usaha untuk menemuinya adalah amat sukar sekali..Kalau nak tahu apa bahan mineral tu, meh baca kat bawah ni..



Seorang pemburu meteor telah menghabiskan masa selama 20 tahun dalam mencari ketulan  batu antariksa. Kini, beliau berjaya menemui bahan mineral yang nilainya 10 kali ganda lebih tinggi berbanding emas. Ketulan batu ini telah ditemui di utara California, Amerika Syarikat (AS) di kawasan lembah Sierra. 


Batu antariksa ini merupakan serpihan daripada meteor raksasa yang meletus dengan kekuatan menyamai 1/3 bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima, Jepun pada penghujung perang Dunia Ke 2. 


Menurut keterangan profesor dan ahli meteor, John Wasson dari UCLA, batu hasil daripada penemuan Robert Ward dari Arizona ini memiliki berat 10 gram. Menurut Gold Gram Bars, ketulan batu ini mempunyai nilai lebih dari US$1,000 (RM 4,000), seperti yang dikutip DM. 


Bercakap mengenai hasil penemuannya, Ward hampir tidak percaya semasa menemui ketulan meteorit yang dikenali sebagai Carbonaceous Chondrite (CM) setelah melihat bentuk di permukaan batu tersebut. "Ini merupakan salah satu benda tertua dan bernilai yang pernah ditemuinya,".












p/s: Jangan sangka rupa hodoh tiada harga =D


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *



Parlimen Mesir Izin Persetubuhan Dengan Mayat Suami/Isteri?

Seperti yang kita sedia maklum, lumrah manusia hanya membenarkan persetubuhan antara lelaki dan wanita yang masih hidup..Namun, sekira nya sesuatu persetubuhan itu dilakukan oleh pasangan terhadap pasangan nya yang telah mati, ia dianggap sebagai satu taboo dalam masyrakat, terutamanya dalam masyarakat yang mengamalkan ajaran Islam..Keinginan untuk bersetubuh dengan mayat ni sering dikalsifikasikan dengan istilah Necrophilia..

Tapi, sekarang ni, Kerajaan Mesir, iaitu antara kerajaan Islam yang terbesar di dunia telah meluluskan usul bagi membenarkan persetubuhan dengan mayat suami atau isteri..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..



KAHERAH: Seseorang suami akan dibenarkan mengadakan hubungan seks dengan mayat isteri mereka - sehingga enam jam selepas kematian wanita berkenaan. 


 Undang-undang kontroversi itu adalah sebahagian daripada langkah baru diambil Parlimen Mesir. Parlimen turut mencadangkan usia minimum untuk seseorang perempuan bernikah diturunkan kepada 14 tahun, selain mengekang hak wanita mendapat pendidikan serta pekerjaan. 


 Perubahan itu dibantah Majlis Wanita Kebangsaan (NCW) Mesir dan mereka giat menjalankan kempen bagi mengelak ia diluluskan. Ketua NCW, Dr Mervat al-Talawi, berkata undang-undang itu merendahkan status wanita dan menjejaskan pembangunan negara. Dr Mervat turut menulis kepada Speaker Parlimen, Dr Saad al-Katatni, bagi menyatakan kebimbangannya. 


Wartawan akhbar al-Ahram, Amro Abdul Samea, melaporkan usul itu dibentangkan hasil “tafsiran terhadap hukum Islam.” Isu hubungan seks dengan mayat isteri timbul pada Mei tahun lalu apabila seorang ulama Maghribi, Zamzami Abdul Bari, berkata status perkahwinan seseorang kekal walaupun seorang daripada mereka meninggal dunia. Zamzani berkata, seorang wanita juga berhak mengadakan hubungan seks dengan suaminya walaupun lelaki terbabit meninggal dunia. 


 Pandangan itu dilaporkan laman sesawang alarabiya.net baru-baru ini. Usul di Parlimen Mesir itu dibentangkan melalui draf undang-undang digelar “Asmara Selamat Jalan.” Sementara itu, seorang personaliti televisyen Arab, Jaber al-Qarmouty, mengecam cadangan berkenaan. “Ia tidak boleh diterima. 


“Adakah ajaran Islam boleh menerima pandangan itu?” katanya.


Sumber: Duniacarcamarba

p/s: Biar betul puak-puak pak arab kat sana tu =,='


Thursday, 26 April 2012

Fashion Show Secara Menegak (Vertical)? *0*

Pertunjukan fesyen atau 'fashion show' selalunya diadakan di atas pentas yang mendatar yang dikerumuni oleh bilangan orang yang ramai..Namun, bersempena dengan perasmian sebuah hotel di Boston pada 18 April  yang lalu, para model telah memperagakan pakaian uniform rasmi hotel tersebut secara menegak dan dinding hotel sebagai pentasnya..Kalau nak tengok, meh usha kat bawah ni =D





p/s: Hebat jugak cara promosi diorang..Hehehe =D


6 Tanda Anda Telah Dipergunakan Pasangan..

Sudah menjadi lumrah manusia tidak suka dipergunakan oleh orang lain..Tetapi kadang-kadang, mereka sendiri tidak menyedarinya kerana perasaan yang terlalu mendalam terhadap pasangan..Jadi, bagi mengatasi masalah ini, apa kata kita tengok apa tanda-tanda yang perlu diberi perhatian untuk menyedari sama ada korang dipergunakan atau tidak..


Terlalu mengharap sesuatu yang berbentuk materialistik - Pasangan yang menerima anda seadanya tidak akan sesekali mengharapkan sesuatu yang berbentuk materialistik semata-mata. Mereka akan menghargai setiap apa yang anda mampu berikan tanpa menilai barangan tersebut. Ini kerana , didalam perhubungan nilai sesuatu barang bukanlah menjadi keutamaan. Apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana pasangan menunjukkan penghargaan terhadap diri anda. 


 Mereka tidak pernah menceritakan mengenai diri anda terhadap orang lain - Kehidupan adalah mengenai perkongsian hidup. Sekiranya kehadiran anda dalam hidup mereka tidak pernah dikongsikan bersama rakan terdekat, keluarga atau sebagainya, mungkin anda masih tidak memberi kesan dalam hidup mereka. Anda dinasihatkan untuk tidak terlalu mengharap. 


 Berat sebelah - Jika hanya sebelah pihak sahaja yang menerima faedah dan sebelah pihak lagi hanya perlu menanggung kesalahan, ia bukanlah dinamakan suatu perhubungan. Ini kerana perhubungan memerlukan situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak. Sekiranya hanya anda sahaja dipersalahkan setiap apa yang terjadi, ia adalah tanda bahawa anda sebenarnya telah digunakan. 


 Masa - Apabila mereka hanya mencari anda diwaktu kesusahan dan tidak pernah berkongsi kegembiraan bersama, ia juga merupakan tanda bahawa anda sedang dipergunakan. Seseorang yang betul-betul menghargai kehadiran anda sudah pasti akan berkongsi saat susah dan senang bersama. 


 Mereka tidak mahu diperkenalkan terhadap rakan/keluarga anda - Untuk masalah ini, mungkin ada sesetengah alasan yang kukuh boleh diterimapakai sekiranya mereka tidak mahu diri mereka dikenali terlebih dahulu. Tetapi sekiranya mereka tidak mampu memberi alasan yang kukuh mengapa mereka tidak mahu berbuat demikian, ia menunjukkan bahawa mereka sebenarnya cuba lari dari tanggungjawab yang lebih besar. 


 Dipukul - Adakah anda pernah dipukul oleh pasangan? Tanggungjawab hidup berpasangan adalah untuk melindungi antara satu sama lain dan bukannya untuk disakiti. Sekiranya perkara asas mereka tidak mampu lakukan, adakah anda merasakan mereka sedia untuk berkongsi hidup.


Sumber: RileksSantai

p/s: Harap korang segera menyedarinya sebelum terlambat..


Wednesday, 25 April 2012

Pygmy Jerboa: Spesies Tikus Terkecil Di Dunia =D

Semenjak aku dah belajar kat Shah Alam ni, rindu pulak aku dengan arnab-arnab aku kat rumah tu..Sebab tu la aku ingat, nak ambik binatang kecik-kecik macam hamster ke, roborosky ke atau sugar glider nak buat bela, iye laa, jadi pengubat rindu kat sini..Hehehe..

Tengah dok sibuk cari binatang apa aku nak buat bela, terjumpa la gambar pasal binatang ni..Nampak macam comel jugak dan setelah dikaji selidik rupa-rupanya nama binatang ni adalah Pygmy Jerboa, iaitu spesies rodensia (tikus) terkecil di dunia..Nampak macam best jugak kan..






p/s: Nampak macam anak ayam je kalau dari jauh, kan kan =D


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Tuesday, 24 April 2012

Cehh! Ingatkan Keranda Orang Mati, Rupa-Rupanya...

Setiap gambar walaupun sekeping, akan memainkan 1001 satu jenis cerita, termasuklah gambar keranda yang baru keluar daripada kereta yang aku tunjuk kat bawah ni..


Mula-mula, aku sendiri pun terfikir jugak, apa benda lagi kalau bukan berkaitan keranda dan orang mati..Tapi, rupa-rupa nya...





Apa pun, diorang punya idea memang kreatif..Siapa sangka, selain kegunaan asal keranda untuk letak mayat, diorang boleh pelbagai kan untuk buat kedai meniaga hot dog, siap ada kereta mayat sekali kot =D

p/s: Kalau kat Malaysia buat stail macam ni, aku rasa bangkrap la tokey gerai..Semua takut nak mai, tambah-tambah meniaga waktu malam..Hehehe =D




[Video]: Dalam Masa 9 Jam, Ini Hasilnya Kalau Pakai Mekap Selama Setahun *0*

Mekap atau alat solekan sentiasa menjadi peneman bagi golongan wanita pada masa kini..Namun, pernah tak korang bayangkan, apa rupa korang kalau tiap-tiap hari pakai solekan yang sama selama 365 hari (1 tahun)?

Itu bukan lagi menjadi masalah sebab 2 seniman yang berasal daripada Belanda, iaitu Lenert Engelberts dan Sander Plug akan tunjukkan pada korang kesan pemakaian alat solek (mekap) yang sepatutnya korang pakai setiap hari selama 365 hari di pakaikan sekaligus dalam jangka masa 9 jam..Meh kita tengok kat bawah ni..





p/s: Kalau pakai sekaligus, serius nampak geli kot =,='


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Monday, 23 April 2012

[Gambar]: Restoran Dalam Gua Di Itali =D

Nampak nya, kebanyakkan restoran di seluruh dunia mula mengutamakan kreativiti dalam dekorasi dalaman restoran mereka..Kalau dulu, pernah kita dengar restoran dalam air (akuarium), restoran tergantung, restoran atas gunung berapi dan macam-macam lagi..Tapi kali ni, aku nak tunjuk pulak kat korang restoran yang beroperasi di dalam sebuah gua di Itali..Kalau nak tahu, meh usha gambar kat bawah ni..










p/s: Bukak restoran dalam gua tu tak ada kelawar ke? Hehehehe =D


Sunday, 22 April 2012

[Kontroversi]: Budak Bawah Umur Jadi Model Bikini *0*

Selalunya, kalau bab-bab jadi model pakaian dalam atau bikini ni mesti lah melibatkan golongan wanita dewasa yang cun-cun dan mempunyai bentuk badan yang menarik..Namun, terdapat satu pertandingan bikini telah menyalahgunakan kanak-kanak perempuan bawah umur untuk menyertai nya malah berjalan lagak catwalk model dewasa..Hal ini telah mendapat pelbagai respons daripada masyarakat setempat..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha gambar kat bawah ni..






p/s: Patut la sekarang ni banyak jenayah pedophilia berlaku..Jangan lah kat Malaysia pun ada pertandingan macam ni =,='


Saturday, 21 April 2012

Koleksi Senjata Emas Milik Saddam Hussein =D

Saddam Hussein satu ketika dahulu nya merupakan pemerintah negara Iraq..Namun, pada tahun 2003, pencerobohan tentera Amerika Syarikat dan sekutunya telah merubah segalanya..Selepas pemerintah agung Iraq itu ditangkap dan dan dihukum gantung oleh mahkamah, apa yang tinggal hanya lah legasi koleksi senjata yang diperbuat daripada emas milik nya..

Senjata tersebut dikatakan telah dipamerkan di War Museum Canberra Australia sejak Jun 2007..Kalau nak tengok apa rupa senjata emas tu, meh usha kat bawah ni..

















Sumber: SegudangFaktaUnik

p/s: Mewah gila =,='


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...