Mereka tidak pernah menceritakan mengenai diri anda terhadap orang lain - Kehidupan adalah mengenai perkongsian hidup. Sekiranya kehadiran anda dalam hidup mereka tidak pernah dikongsikan bersama rakan terdekat, keluarga atau sebagainya, mungkin anda masih tidak memberi kesan dalam hidup mereka. Anda dinasihatkan untuk tidak terlalu mengharap.
Berat sebelah - Jika hanya sebelah pihak sahaja yang menerima faedah dan sebelah pihak lagi hanya perlu menanggung kesalahan, ia bukanlah dinamakan suatu perhubungan. Ini kerana perhubungan memerlukan situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak. Sekiranya hanya anda sahaja dipersalahkan setiap apa yang terjadi, ia adalah tanda bahawa anda sebenarnya telah digunakan.
Masa - Apabila mereka hanya mencari anda diwaktu kesusahan dan tidak pernah berkongsi kegembiraan bersama, ia juga merupakan tanda bahawa anda sedang dipergunakan. Seseorang yang betul-betul menghargai kehadiran anda sudah pasti akan berkongsi saat susah dan senang bersama.
Mereka tidak mahu diperkenalkan terhadap rakan/keluarga anda - Untuk masalah ini, mungkin ada sesetengah alasan yang kukuh boleh diterimapakai sekiranya mereka tidak mahu diri mereka dikenali terlebih dahulu. Tetapi sekiranya mereka tidak mampu memberi alasan yang kukuh mengapa mereka tidak mahu berbuat demikian, ia menunjukkan bahawa mereka sebenarnya cuba lari dari tanggungjawab yang lebih besar.
Dipukul - Adakah anda pernah dipukul oleh pasangan? Tanggungjawab hidup berpasangan adalah untuk melindungi antara satu sama lain dan bukannya untuk disakiti. Sekiranya perkara asas mereka tidak mampu lakukan, adakah anda merasakan mereka sedia untuk berkongsi hidup.
Sumber: RileksSantai
p/s: Harap korang segera menyedarinya sebelum terlambat..
No comments:
Post a Comment