Tetapi, masyarakat Jawa kuno dahulu kala dikatakan mempunyai jampi serapah yang sebenar yang boleh menyeru hantu atau pontianak..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..
"aku lagi bang wingo wingo,
jin setan kang tak utusi,
jin setan kang tak utusi,
dadyo sebarang,
wojo lelayu sebet”
Petikan syair di atas pasti tidak asing lagi bagi mereka yang ada menonton filem Kuntilanak (2006) yang dilakonkan oleh Julie Estelle. Syair tersebut merupakan syair Durma yang dikatakan boleh menyeru pontianak seperti yang diceritakan dalam filem tersebut.
Durma merupakan salah satu jenis lagu yang boleh didapati dalam Macapat. Macapat merupakan sekumpulan lagu-lagu Jawa yang mencakupi 11 jenis syair iaitu (Dandhanggula, Mijil, Pocung, Megatruh, Gambuh, Sinom, Maskumambang, Pangkur, Durma, Asmarandana, dan Kinanthi). Tradisi Macapat ini dikatakan telah lama wujud iaitu sejak zaman akhir kerajaan Majapahit lagi.
Erti syair tersebut berbunyi:
Erti syair tersebut berbunyi:
Menjelang malam, dirimu(bayangmu) mulai sirna…
Jangan terbangun dari tidurmu…
Awas, jangan terlihat (memperlihatkan diri)…
Aku sedang gelisah,
Jin setan ku perintahkan,
Jadilah apapun juga,
Namun jangan membawa maut…
Setiap lagu di dalam Macapat mencerminkan watak yang berbeza-beza. Syair Durma misalnya, disebut sebagai bahagian Macapat yang mencerminkan suasana keras dan suram. Bahkan kadang-kadang membawa maksud kepada hal-hal yang seram dalam kehidupan.
Dalam tradisi Jawa, terdapat istilah "Tembang Dolanan" atau Lagu Mainan yang bermaksud lagu yang diguna pakai untuk ritual permainan magis masyarakat Jawa. Misalnya, terdapat lagu untuk memainkan Jelangkung (sejenis lagu untuk memanggil roh dalam permainan anak patung Ni Thowong) dan ada juga lagu yang dimainkan untuk memanggil buaya di sungai (dari syair Megatruh). Sampai sekarang, orang Jawa dilarang untuk memainkan lagu tersebut ketika berada di sungai.
Walaubagaimana pun, untuk lagu-lagu yang digunakan dalam ritual, ia memerlukan iringan syarat ritual yang lain. Jika tidak, ritual tersebut tidak akan berjalan dengan lancar. Antara iringan syarat ritual yang sering digunakan adalah sajian makanan kepada roh-roh.
Dalam adat masyarakat Jawa juga, terdapat lagu lain yang boleh digunakan untuk menyeru hantu iaitu:
Sluku-sluku bathok,
Bathok’e ela-elo,
Si romo menyang solo, oleh-oleh’e payung muntho,
Mak jenthit lo-lo lobah, wong mati ora obah,
Yen obah medheni bocah…
Mengenali Jelangkung:
Pada zaman dahulu, sebelum adanya permainan canggih seperti sekarang, kanak-kanak masyarakat Jawa mempunyai tradisi iaitu pada genapnya bulan mengambang penuh, mereka akan membuat boneka atau anak patung yang diperbuat daripada ranting dan tempurung kelapa yang dikenali sebagai Jelangkung. Kemudian, kanak-kanak ini akan menyajikan bunga tujuh rupa, sirih dan tembakau lalu diletakkan di pinggir sungai.
Pada malam purnama tersebut, kanak-kanak akan mengelilingi boneka tersebut sambil menyanyikan lagu tadi. Lagu tersebut akan dinyanyikan berulang-ulang kali sambil memegang boneka tersebut dan pada akhirnya, boneka tersebut akan bergerak sendiri..secara agresif.
Ini bermaksud roh atau hantu penunggu sungai telah masuk ke dalam boneka Jelangkung dan mahu diajak bermain. Cara permainannya, boneka tersebut perlu sentiasa dipegang dan roh dalam boneka tersebut akan membawa si pemegang berlari ke mana-mana sahaja seperti permainan kejar-kejar.
Sekiranya si pemegang kepenatan, dia akan 'ditangkap' oleh roh dalam boneka dan dipukul dengan kepala boneka yang diperbuat daripada tempurung kelapa tersebut.
Permainan ini dikenali sebagai Ni Thowong, atau Ninidok, malah ada yang menyebutnya sebagai Nini Thowok.Permainan tersebut memang lazim dimainkan oleh kanak-kanak masyarakat Jawa pada zaman dahulu.
Untuk menghentikan permainan tersebut dan menghantar pulang roh tersebut, ini bacaan mantera nya:
Nga tha ba ga ma,
Nya ya ja dha pa,
La wa sa ta da,
Ka ro co no ho. (di baca 7 kali)
Jika dilihat dengan teliti, mantera terbabit sebenarnya adalah ejaan huruf Jawa yang telah disusun secara terbalik. Ianya dikenali sebagai Caraka Walik, sejenis mantera Jawa kuno untuk menangkis gangguan roh jahat.
p/s: Tak tahu sama ada ia benar atau tidak..Namun, usah kita mempercayainya kerana ia boleh membawa kepada kelakuan Syirik..Anggap lah ia sebagai pegetahuan am sahaja.
No comments:
Post a Comment