Jom Singgah Sini =)

Friday 27 April 2012

Parlimen Mesir Izin Persetubuhan Dengan Mayat Suami/Isteri?

Seperti yang kita sedia maklum, lumrah manusia hanya membenarkan persetubuhan antara lelaki dan wanita yang masih hidup..Namun, sekira nya sesuatu persetubuhan itu dilakukan oleh pasangan terhadap pasangan nya yang telah mati, ia dianggap sebagai satu taboo dalam masyrakat, terutamanya dalam masyarakat yang mengamalkan ajaran Islam..Keinginan untuk bersetubuh dengan mayat ni sering dikalsifikasikan dengan istilah Necrophilia..

Tapi, sekarang ni, Kerajaan Mesir, iaitu antara kerajaan Islam yang terbesar di dunia telah meluluskan usul bagi membenarkan persetubuhan dengan mayat suami atau isteri..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..



KAHERAH: Seseorang suami akan dibenarkan mengadakan hubungan seks dengan mayat isteri mereka - sehingga enam jam selepas kematian wanita berkenaan. 


 Undang-undang kontroversi itu adalah sebahagian daripada langkah baru diambil Parlimen Mesir. Parlimen turut mencadangkan usia minimum untuk seseorang perempuan bernikah diturunkan kepada 14 tahun, selain mengekang hak wanita mendapat pendidikan serta pekerjaan. 


 Perubahan itu dibantah Majlis Wanita Kebangsaan (NCW) Mesir dan mereka giat menjalankan kempen bagi mengelak ia diluluskan. Ketua NCW, Dr Mervat al-Talawi, berkata undang-undang itu merendahkan status wanita dan menjejaskan pembangunan negara. Dr Mervat turut menulis kepada Speaker Parlimen, Dr Saad al-Katatni, bagi menyatakan kebimbangannya. 


Wartawan akhbar al-Ahram, Amro Abdul Samea, melaporkan usul itu dibentangkan hasil “tafsiran terhadap hukum Islam.” Isu hubungan seks dengan mayat isteri timbul pada Mei tahun lalu apabila seorang ulama Maghribi, Zamzami Abdul Bari, berkata status perkahwinan seseorang kekal walaupun seorang daripada mereka meninggal dunia. Zamzani berkata, seorang wanita juga berhak mengadakan hubungan seks dengan suaminya walaupun lelaki terbabit meninggal dunia. 


 Pandangan itu dilaporkan laman sesawang alarabiya.net baru-baru ini. Usul di Parlimen Mesir itu dibentangkan melalui draf undang-undang digelar “Asmara Selamat Jalan.” Sementara itu, seorang personaliti televisyen Arab, Jaber al-Qarmouty, mengecam cadangan berkenaan. “Ia tidak boleh diterima. 


“Adakah ajaran Islam boleh menerima pandangan itu?” katanya.


Sumber: Duniacarcamarba

p/s: Biar betul puak-puak pak arab kat sana tu =,='


1 comment:

plain83 said...

necrophilia lahanat semuanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...