Jom Singgah Sini =)

Wednesday, 22 May 2013

[Misteri] Kilometer (KM) 20.6 Berpenunggu, Tagih Darah Penunggang Motorsikal? *0*

Fenomena kemalangan maut sering kali dikaitkan dengan kecuaian pengguna jalan raya, selain faktor jalan, bagaimana jika punca ia berlaku 'selain daripada' itu? Keadaan ini masih  menimbulkan tanda tanya dan misteri yang masih belum dapat dirungkai..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


KULIM -Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian. 

Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan bagaimanapun ia terus meningkat setiap hari. 


Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan maut antaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi. 


Anggap kawasan puaka


KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibat penunggang motosikal sering berlaku.

Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan itu adalah keadaan jalan terlalu gelap pada waktu malam.

Sehingga kini, lebih tujuh kematian dilaporkan di sekitar KM 20.6 dan ada penduduk di kawasan itu beranggapan ia berpuaka.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad berkata, terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu lebuh raya di KM 20.6 itu 'inginkan' mangsa.

“Keadaan ini mungkin disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform terbabit yang sering membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi.

"Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.

"Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan itu termasuk alam ghaib dan misteri. Apabila pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhluk halus musnah,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 20.6, maut.

Makhluk halus merangkak

Rosli berkata, makhluk halus itu boleh berupa manusia separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan, selalunya selepas hujan di sebelah petang atau malam.

Katanya, makhluk itulah yang menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga mengakibatkan ramai penunggang maut di kawasan itu. Selain itu mangsa terlibat selalunya akan mengalami kecederaan parah.

“Makhluk yang merupakan penunggu di kawasan itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Itulah sebabnya mangsa yang terbunuh di kawasan itu akan kehabisan darah.

"Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya,” katanya.

Masih jadi tanda tanya 

Kira-kira jam 4 pagi semalam, seorang lelaki berbangsa Inggeris bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang.

Menurut mangsa, apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas. 

Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa. 

Tiba di jalan terlibat, mangsa ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan. 

Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.

Walaupun kejadian aneh itu menjadi tanda tanya, tetapi kemalangan maut di sekitar kawasan terlibat masih berlaku. 

Dia meminta pengguna jalan raya lebih peka apabila melalui kawasan itu. Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di KM 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas. 

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.


Sumber: Pahlawan30

p/s: Sebab tu dalam Islam, kita digalakkan membaca doa sebelum memulakan perjalanan agar perjalanan kita sentiasa diberkati dan dilindungi dari sebarang malapetaka..


Tuesday, 21 May 2013

[Kesihatan] 14 Suntikan Imunisasi Wajib Untuk Kanak-Kanak =D

Selain memberi perhatian kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan, imunisasi adalah satu cara utama untuk mencegah penyakit. Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Dari semasa ke semasa, Persatuan Doktor Pediatrik Indonesia (IDAI) melakukan penilaian terhadap jadual imunisasi berdasarkan perubahan epidemiologi penyakit, dasar kementerian kesihatan / Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dasar global, dan perolehan vaksin di Indonesia..Namun imunisasi tidak lagi dibeza-bezakan sebagai imunisasi yang diwajibkan atau pun imunisasi yang digalakkan..Semua imunisasi kini MESTI diberikan kepada semua bayi dan kanak-kanak..Nak tahu 14 imunisasi yang wajib diberikan tu, meh usha kat bawah ni..



1. BCG 

Mengandungi cecair M. Bovis hidup yang sudah dilemahkan. Imunisasi ini tidak menghalang jangkitan Tuberkulosis (TB) tetapi mengurangkan risiko terjadinya TB berat seperti TB meningitis dan TB miliari. 

2. Hepatitis B 

Vaksin kombinasi HepB dan DTP yang berdasarkan hasil penelitian Biofarma, dapat memberikan respons antibodi yang lebih baik berbanding jika diberikan secara berasingan. 

3. Polio 

Polio boleh mengakibatkan penghidapnya lumpuh dan sukar bernafas. Ada dua jenis vaksin polio iaitu vaksin polio tak aktif (IPV), yang mengandungi virus polio yang dimatikan dan ia diberikan dalam bentuk suntikan. Jenis kedua ialah vaksin polio oral (OPV) yang mengandungi virus hidup yang dilemahkan. 

4. DPT

Ada vaksin DTaP (Difteria, Tetanus, aselular Pertusis) atau yang dikenali sebagai vaksin DTP yang tidak mencetuskan demam. Walaupun reaksi selepas imunisasi DTaP baik setempat mahu pun sistemik adalah lebih rendah berbanding selepas DTP biasa, vaksin itu masih boleh menimbulkan reaksi demam dan bengkak seperti vaksin jenis lain.

5. Campak 

Jika demam campak menjangkiti kanak-kanak terutamanya yang berusia di bawah lima tahun, ia boleh mengakibatkan kematian. 

6. HIB 

Ada vaksin kombinasi DTP dan HIB dengan daya keimunogenan yang kekal tinggi tanpa mempengaruhi kesan imun sesama sendiri. 

7. PCV 

Bayi berisiko tinggi mengalami pengkolonian pneumokokus, iaitu bayi yang mengalami jangkitan saluran nafas atas, sering menghidu asap rokok, bayi yang tidak menyusu badan dan bayi yang tinggal di negara empat musim (pada musim sejuk). 

8. ROTAVIRUS 

Di Indonesia, 28% kematian bayi adalah disebabkan oleh cirit-birit. Untuk masalah itu, ada vaksin monovalen (Rotarix) dan pentavalen (Rotareq).

9. INFLUENZA 

IDAI mengesyorkan agar imunisasi influenza diberikan kepada:

- Kanak-kanak sihat yang berusia 6 bulan hingga 2 tahun. 
- Kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kronik, asma, diabetes, penyakit buah pinggang kronik dan HIV. 
- Kanak-kanak yang tinggal di tempat seperti asrama, rumah anak yatim atau sekolah pondok.
- Orang yang boleh menularkan virus flu kepada orang yang berisiko tinggi seperti pengasuh anak dan petugas kesihatan. 

10. VARISELA 

Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang sedang demam teruk, kekurangan limfosit atau sel darah putih, yang alah kepada neomisin dan kekurangan sel imun. 

11. MMR 

Imunisasi MMR tetap diberikan walaupun kanak-kanak pernah menghidap demam campak, beguk atau rubela. Tidak ada kesan imunisasi yang berlaku terhadap kanak-kanak yang pernah mendapat perlindungan daripada satu atau lebih daripada ketiga-tiga penyakit tersebut. Imunisasi ini juga tiada kaitan dengan autisme. 

12. TIFOID

Tifoid adalah penyakit akut yang disebabkan oleh bakteria salmonella typhi. Bakteria ini sering dijumpai di dalam air dan persekitaran tempat tinggal yang tidak dijaga kebersihannya. 

13. HEP A

Hepatitis A adalah penyakit radang hati yang sering menyerang kanak-kanak. 

14. HPV 

Jadual pemberian imunisasi HPV bergantung kepada jenis vaksin yang akan digunakan. Imunisasi ini boleh diberikan kepada pesakit sejak usianya 10 tahun. Jika vaksin HPV bivalen digunakan maka sejumlah tiga dos akan diberikan kepada pesakit. Dos kedua diberikan sebulan selepas dos pertama, sementara dos ketiga diberikan lima bulan kemudian. Vaksin HPV tetravalen juga diberikan sebanyak tiga dos. Dos kedua diberikan dua bulan selepas dos pertama dan dos ketiga pula diberikan empat bulan kemudian. 

Sebelum vaksin diberikan, doktor haruslah terlebih dahulu memberikan penjelasan tentang bahaya penyakit, manfaat imunisasi serta kesan yang mungkin timbul setelah suntikan vaksin diberikan. 

Perlu diingat, ibu bapa harus memaklumkan kepada doktor mengenai hal yang berkaitan kontraindikasi (penggunaan ubat tertentu yang memudaratkan pesakit) yang mungkin pernah berlaku sebelum imunisasi diberikan termasuklah sejarah penyakit anak, alahan terhadap neomisin, sejarah imunisasi sebelumnya dan rawatan yang sedang dilakukan. Perkara ini berguna bagi menjangka reaksi tubuh kanak-kanak selepas diberikan imunisasi.

Sumber: MeetDoctor

p/s: Baru tahu yang setiap suntikan tu ada manfaatnya yang tersendiri..Ingat main cucuk ikut suka ja..Hehehe..



Monday, 20 May 2013

[Gambar] Lebuhraya Tarim: Lebuhraya Padang Pasir Terpanjang Di Dunia =D

Lebuhraya merupakan laluan jaringan pengangkutan yang paling utama di seluruh dunia..Namun, di China, terdapat sebuah lebuhraya yang terletak di padang pasir telah menjadi lebuh raya terpanjang di dunia..Nak tahu sebab apa, meh usha kat bawah ni..


Lebuhraya padang pasir Tarim merupakan laluan yang terletak di Taklamakan, China dan menghubungkan bandar-bandar Lantau Minfen. Panjang penuh lebuhraya ini ialah 552km dengan kira-kira 446km dibina merentasi kawasan yang tidak didiami manusia dengan bukit-bukit sehingga 20 meter tinggi melindungi lebuhraya berkenaan.

Dalam usaha untuk menangani masalah pencerobohan pasir bukit, barisan tumbuh-tumbuhan telah ditanam di kedua-dua belah jalan. Sistem pengairan secara besar-besaran telah dibina untuk membekalkan sumber air dari tangki simpanan bawah tanah untuk tumbuhan ekosistem tiruan tersebut. Beratus-ratus orang pekerja telah diupah dan mereka diletakkan setiap empat kilometer di sepanjang jalan untuk menjaga tumbuh-tumbuhan agar berada dalam keadaan baik. Sumber air di padang pasir itu datang dari sebuah telaga, iaitu akuifer pada kedalaman 100 meter. Walaupun terdapat kandungan garam yang tinggi di dalam air itu, tumbuhan di sepanjang jalan raya itu masih dapat terus hidup.

Dalam tempoh lima tahun, kerajaan telah melakukan eksperimen dengan pelbagai jenis tumbuhan yang boleh hidup dalam keadaan ekstrem padang pasir. Pada tahun 1999, sebuah projek permulaan zon tumbuhan di sepanjang bahagian 6.3 kilometer lebuh raya telah selesai dilaksanakan. Pada tahun 2001, projek ini telah dilanjutkan sehingga 30.8 kilometer di sepanjang lebuh raya berkenaan. Projek ini akhirnya diluluskan oleh kerajaan pada tahun 2003. Hari ini, hampir empat per lima lebuh raya tersebut dikelilingi oleh penanaman tumbuhan pada keluasan 72 meter lebar, yang meliputi kawasan seluas lebih 3,000 hektar.

Di lebuhraya padang pasir Tarim turut mempunyai nilai ekonomi yang besar, di mana ia menjelaskan mengapa langkah-langkah yang mahal dan rumit perlu diambil untuk menjaganya. Lebuh raya ini dibina pada tahun 1995 sebagai perkhidmatan kepada saluran paip minyak, yang berada di bawah padang pasir Taklamakan itu. Di bawah pasir ini terdapat sumber minyak terbesar di China Gas. Lebuh raya bukan sahaja membolehkan akses secara langsung kepada sumber-sumber yang terletak di bawah Lembangan Tarim, tetapi juga boleh dijadikan jaringan pengangkutan bagi barang-barang dan sumber-sumber dari medan minyak tersebut. Oleh kerana kawasan ini tidak didiami manusia, stesen minyak dan beberapa restoran telah dibina pada titik perantaraan di sepanjang lebuh raya untuk perkhidmatan kepada pelancong.


p/s: Tiba-tiba rasa macam nak pergi mengembara pulak..Macam seronok je kan? =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Sunday, 19 May 2013

10 Pasukan Polis Paling Korup Di Dunia *0*

Rasuah dalam anggota polis merupakan salah satu bentuk salah laku dalam jabatan polis di mana anggota penguatkuasa undang-undang ini mencari keuntungan peribadi, seperti wang atau kenaikan pangkat, melalui penyalahgunaan kuasa, contohnya dengan menerima rasuah untuk tidak menyiasat atau melakukan penangkapan terhadap mereka yang melakukan kesalahan..

Kes-kes seperti ini sering menyebabkan jabatan polis di seluruh dunia dikecam dan dipandang serong oleh sesetengah lapisan masyarakat..Secara kasarnya, kebanyakkan anggota polis yang melakukan perbuatan rasuah ini adalah dari mereka yang menerima gaji yang rendah, namun tanpa disedari, perbuatan mereka ini mengundang malapetaka tambahan lagi dalam keadaan negara yang memerlukan bantuan..Nak tahu pasukan polis mana yang paling korup tu, meh usha kat bawah ni..

10. Polis Pakistan
Jabatan Polis Pakistan telah disenaraikan antara institusi-institusi yang paling korup di negara ini menurut sebuah laporan oleh sebuah badan pemantau anti-rasuah antarabangsa. Kebanyakkan rakyat percaya bahawa pasukan polis adalah sektor yang paling korup dalam kerajaan Pakistan. Kekejaman polis, rasuah, peras ugut dan menangkap rakyat yang tidak berdosa sering dilakukan oleh pasukan polis Pakistan.

9. Polis Rusia
Kerajaan Rusia tidak asing lagi dalam kegiatan rasuah, terutamanya dalam pasukan polis mereka. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, banyak fakta telah timbul mengenai rasuah dan jenayah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai polis Rusia. Kekejaman polis, peras ugut, rasuah dan menangkap rakyat yang tidak berdosa merupakan jenayah yang sering dilakukan oleh pasukan polis Rusia. Dalam usaha untuk memastikan kuota bulanan dan memenuhi keperluan, polis Rusia beralih kepada rasuah dan sogokan.

8. Polis Sudan
Sudan merupakan salah satu negara yang paling korup kerana pelbagai sebab. Bukan sahaja bekas presiden mereka Oman Al-Bashir telah didakwa kerana jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai, malah negara ini turut mengalami kegiatan rasuah dalam pasukan polis. Polis Sudan dikenali dengan memeras rasuah daripada orang awam untuk menambahkan pendapatan mereka. Polis jarang memfailkan laporan atau menyiasat kejadian jenayah, malahan sering menggunakan keganasan dan dendam terhadap orang-orang yang mengadu tentang penyalahgunaan kuasa polis. 

7. Polis Afghanistan

Afghanistan mempunyai satu pasukan polis yang paling korup di dunia dan ia kelihatan seperti akan bertambah teruk. Rasuah telah membuatkan ia mustahil bagi pasukan polis Afghanistan untuk memperbaiki imej dan melakukan tugas mereka dengan berkesan. Polis Afghanistan terkenal dengan sikap memeras wang dan melakukan keganasan ke atas orang awam di pusat pemeriksaan polis di seluruh negara. Polis juga mengamalkan rasuah terhadap orang awam dengan membayar mereka untuk melepaskan diri dari penjara atau untuk mengelakkan penangkapan. Walaupun sikap rasuah dalam pasukan polis ini telah menjadi lebih baik sedikit dengan usaha-usaha antarabangsa dan latihan semula, ia dijangka akan terus berterusan akibat rasuah dalam kerajaan dan kuasa pentadbiran.

6. Polis Somalia
Pasukan polis Somalia adalah salah satu daripada agensi-agensi yang paling korup di dunia. Ia merupakan negara yang dilanda peperangan di mana mereka menghadapi banyak kesukaran dan orang awam merupakan golongan yang mempunyai risiko paling besar. Polis Somalia terkenal dengan penguatkuasaan undang-undang yang tidak berkesan dan kejam. Berikutan majoriti anggota polis ini dari mereka yang bergaji rendah, ramai pegawai polis Somalia mencuri, memeras ugut, rasuah dan mengganggu ketenteraman individu lain untuk mendapatkan wang. Mereka juga mempunyai sejarah kekejaman polis dan sering mengabaikan keganasan dalam masyarakat. Pada tahun 2009, hampir 1,000 pegawai polis Somalia hilang selepas menerima latihan yang dibiayai oleh kerajaan Jerman. Adalah dipercayai bahawa pegawai-pegawai polis yang melarikan diri ini menyertai militia Islam Al-Shabaab.

5. Polis Iraq
Pasukan polis Iraq mempunyai sejarah yang panjang dalam amalan rasuah. Walaupun menerima dana dan latihan semula, mereka masih berjaya mengekalkan budaya rasuah dalam tugasan mereka. Polis Iraq terus menjadi sangat kejam dan mengambil bahagian dalam penculikan, pembayaran wang tebusan dan sogokan. Mereka telah terbukti tidak berkesan dalam usaha mengawal keganasan dan melindungi orang awam dengan cara yang diperlukan.

4. Polis Burma
Myanmar adalah sebuah yang terkenal dengan pasukan polisnya yang bermasalah. Rasuah di kalangan anggota polis adalah perkara luar biasa di sini. Pasukan polis Myanmar terkenal dalam membuat mangsa membayar untuk siasatan jenayah dan sering memeras wang daripada orang awam. Myanmar diperintah oleh rejim tentera autoritarian, yang berpegang secara langsung terhadap pasukan polis dan menindas hak-hak rakyat.

3. Polis Kenya
Kenya mempunyai pasukan polis yang paling korup di dunia. Menurut laporan mengejutkan pihak Transparency International, 92 peratus daripada rakyat Kenya menyenaraikan pihak polis sebagai yang paling korup dan kebanyakkan daripada mereka telah membayar rasuah kepada polis Kenya dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Rakyat terpaksa membayar kepada anggota polis untuk mendapatkan akses kepada pelbagai perkhidmatan, seperti Kastam, penjagaan kesihatan, polis, pendidikan, pendaftaran dan permit, dan perkhidmatan utiliti. Polis Kenya turur menyasarkan pelarian Somalia yang telah menyeberangi sempadan dalam keadaan terdesak dengan mencabul, memukul dan memeras ugut mereka.

2. Polis Mexico
Mexico mempunyai salah satu pasukan polis yang paling korup di dunia dan ia terus menjadi lebih buruk setiap hari. Kadar jenayah adalah tinggi pada setiap masa di Mexico City dan bandar-bandar sempadan, tetapi pegawai-pegawai polis yang sedia ada hanya menjadikannya lebih teruk. Polis Mexico beralih kepada rasuah untuk mencari cara lain untuk menambah wang kerana gaji yang rendah. Polis akan merasuah pihak penjenayah dan memeras ugut pelancong asing dan turut terkenal untuk memberikan mangsa pilihan "plata o plomo," yang bermaksud mereka boleh menerima rasuah atau dibunuh. Polis Mexico juga bekerjasama dengan kartel dadah untuk melindungi mereka dan menguatkuasakan pengedaran dadah. Mereka sering mengabaikan jenayah yang dilaporkan dan tidak melakukan siasatan,malahan mereka sering memenjarakan rakyat yang tidak berdosa untuk menutup kerja kotor mereka.

1. Polis Haiti
Pasukan polis yang paling korup di dunia adalah Haiti. Pihak polis Haiti telah mempengaruhi secara negatif masyarakat dan budaya Haiti dengan amalan yang tidak beretika. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Pasukan Polis Haiti telah melanggar pelbagai hak asasi manusia dan undang-undang, seperti menculik, mengedar dadah dan melakukan keganasan polis. Mereka telah pun menolak sama sekali proses pencegahan atau bertindak balas terhadap keganasan yang berkaitan dengan aktiviti geng (kumpulan). Sikap ini walaubagaimanapun telah dilihat menurun sedikit berikutan kejadian gempa bumi yang melanda Haiti pada Januari 2010, namun tidak ramai yang pasti sama ada ia mampu bertahan pada tahap itu ataupun tidak.

p/s: Nampak sangat proses mencari keadilan kat negara-negara macam ni sukar dicapai..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

[Hebat] Lukisan Paling 'Simple' Ini Dijual Dengan Harga USD$44 Juta =D

Lazimnya, lukisan yang dilukis dengan menarik dan mempunyai nilai abstrak yang tinggi akan dijual pada harga yang tinggi..Namun, siapa sangka dengan lukisan yang hanya dilukis dengan cara yang paling senang dan 'simple' ini, di mana ia akan dijual pada harga setinggi USD$44 juta..Nak tahu apa yang menariknya pasal lukisan tu, meh usha kat bawah ni..


Walaupun tanggapan seni itu terletak pada pandangan penonton, namun "seni" pada lukisan ini betul-betul gila! Tiada siapa yang dapat menyangka bahawa lukisan pada kanvas biru dengan satu garisan putih ini mampu dijual pada harga yang tinggi. Malah, lukisan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan keadaan mata yang tertutup.

Lukisan yang dinamakan "Onement VI" yang dilukis oleh seorang pelukis ekspresionis abstrak, Barnett Newman telah dijual pada Selasa lalu di pusat lelongan Sotheby dengan nilai USD$43.8 juta.

Lukisan yang dilukis di atas kanvas berukuran 8.5 kaki x 10 kaki ini telah dilukis oleh Newman pada tahun 1953. Hingga semalam, lukisan Newman sebelum ini iaitu "Onement V"  telah memegang rekod dengan nilai USD$22.4 juta pada tahun lepas.

Sekiranya Newman masih hidup, kemungkinan besar karya lukisannya boleh mencecah nilai jualan sebanyak USD$50 juta.


p/s: Lepas ni, orang yang tak ada bakat melukis pun minat nak melukis..Hehehe..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Thursday, 16 May 2013

5 Kisah Kapal Berhantu Paling Terkenal Di Dunia =D

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti dan bertugas di laut, pelbagai cerita aneh dan misteri yang pernah berlaku di laut lepas mungkin pernah diceritakan dan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi..Tapi tahukah anda, terdapat 5 cerita mengenai kapal berhantu yang paling terkenal di dunia..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

1. The Octavius
Cerita ini bermula apabila sebuah kapal penangkap ikan paus bernama 'Herald' ketika tahun 1775 di lautan Artik secara tidak sengaja menemui sebuah kapal besar terapung-apung di lautan. Ketika di dekati, baru mereka ketahui bahawa kapal tersebut mempunyai nama pendaftaran iaitu The Octavius. The Octavius juga merupakan sebuah kapal penangkap ikan paus namun tidak ada sebarang tanda-tanda kehidupan di atas kapal tersebut hinggakan seorang krew kapal Herald memberanikan diri untuk menaiki kapal tersebut.

Tambah mengejutkan krew tersebut menemui puluhan mayat krew kapal The Octavius yang sejuk membeku, dikatakan krew-krew tersebut mati kesejukan setelah lama tersesat di lautan Artik dan kehabisan bekalan makanan. Yang paling menyeramkan ialah apabila mereka mengetahui yang kapal The Octavius telah dilaporkan hilang selama 13 tahun yang lalu dan selama tempoh waktu tersebut, kapal itu hanya terumbang-ambing di lautan tanpa sebarang hala tujuam. Semenjak penemuan kapal tersebut disiarkan secara meluas di dada-dada akhbar, banyak kapal-kapal penangkap ikan melihat lembaga kapal The Octavius di Lautan Artik dan  ketika cuba di dekati, kapal tersebut dengan pantas hilang di dalam kabus.

2. The Joyita
Pada tahun 1955, sebuah kapal telah disewa oleh sekumpulan nelayan seramai 25 orang untuk digunakan bagi menangkap ikan di perairan Pasifik Selatan. Dalam persetujuan antara pihak penyewa dan pemilik kapal, penyewa harus memberi laporan semasa setiap satu jam sekali, namun pada jam ke-7 kapal tersebut tidak melaporkan diri. Demi keselamatan anak kapal, maka pasukan mencari dan menyelamat telah ditugaskan untuk mencari kapal tersebut.

Hasil pencarian pasukan mencari dan menyelamat itu, kapal The Joyita telah ditemui 5 minggu kemudiannya terapung-apung sejauh 600 batu, atau 1000km dari tempat ia dilaporkan hilang.

Ketika kapal itu dijumpai, tiada seorang pun dari 25 anak kapal tersebut di temui. Pasukan mencari dan menyelamat turut menemui kerosakan yang dikatakan berpunca daripada perbuatan sekumpulan lanun yang telah menyerang kapal ini. Dari hasil siasatan pula, mereka turut menemui beberapa kesan darah di dek kapal, di mana kumpulan lanun dikatakan telah  membunuh semua krew kapal tersebut dan mayat mereka dilemparkan ke laut.

3. The Lady Lovibond
Lady Lovibond merupakan sebuah kapal yang digunakan sepasang pengantin baru untuk percutian bulan madu mereka. Pada waktu yang sama, bebeberapa orang krew juga turut serta dalam kapal tersebut. Salah seorangnya adalah bekas kekasih si isteri yang tidak diketahui oleh si suami yang bernama Simon Peel. Kerana dendam kesumat, bekas kekasih si isteri tadi telah membunuh pasangan pengantin baru itu dan kesemua krew yang ada dengan belati. Setelah melakukan pembunuhan kejam tersebut, dia mengemudi  kapal tersebut ke kawasan batu karang bagi menenggelamkannya pada 13 Februari 1748.

Cerita seram laut itu masih ada hingga sekarang. Laporan terakhir dari para nelayan, mereka pernah melihat kapal tersebut pada tahun 1998 ketika melintasi kawasan batu karang iaitu tempat sama kapal tersebut tenggelam.

4. The Mary Celeste
The Mary Celeste, merupakan sebuah kapal dagang yang ditemui hanyut tanpa tujuan dan terapung-apung di Lautan Atlantik pada tahun 1872. Apa yang paling menyeramkan adalah ketika ia ditemui, kapal ini terapung di lautan tanpa seorang anak kapal, sedangkan semasa ia bertolak, kapal ini membawa puluhan anak kapal.

Penemuan lain menyatakan kapal ini berada pada keadaan yang sangat baik dan tidak ada sebarang kerosakan di dalam kapal bahkan layar kapal pun masih dalam keadaan elok tanpa sebarang kesan koyak. Cerita seram lain dari kapal The Mary Celeste adalah mengenai posisi barang-barang di dalam kapal tersebut yang masih elok pada tempatnya tanpa berubah sedikit pun.

Jika kapal ini dirompak, kemungkinan barang-barang berharga pasti ada yang hilang dan paling kurang pasti akan berlaku pergelutan yang boleh menimbulkan kerosakan, namun semua itu tidak ditemui pada kapal ini. Krew kapal ini bagaikan telah ghaib begitu saja secara misteri. Beberapa teori gila tentang kapal ini mula berkeliaran dari secara tidak sengaja memasuki perairan Segitiga Bermuda hinggalah diculik oleh makhluk asing, namun The Mary Celeste akan tetap menjadi sebuah misteri yang tidak dapat diselesaikan hingga kini.

5. The Flying Dutchman
Ini merupakan kisah kapal berhantu yang paling terkenal di dunia iaitu The Flying Dutchman. Ia merupakan sebuah kapal dagang yang berasal dari Belanda pada tahun 1700-an untuk mengharungi lautan bagi melakukan perjalanan ke negara-negara jajahan kolonial pada ketika itu.

Tahukah kamu, pada tahun 1700-an, Terusan Suez masih belum dibina. Sekiranya kapal-kapal dagang dari benua Eropah ingin melakukan perjalanan ke benua Asia, mereka harus belayar mengelilingi benua Afrika, iaitu kawasan perairan paling sukar dilalui ketika dan dikenali sebagai Tanjung Harapan kerana disana merupakan perairan bagi pertemuan arus antara Lautan India yang panas dan Lautan Atlantik yang dingin. Hal ini telah menimbulkan fenomena arus laut yang paling ganas di dunia. Perairan ini dinamakan Tanjung Harapan kerana untuk melepasi tanjung ini, satu-satunya yang perlu dilakukan adalah berharap dan berdoa agar kapal tidak ditelan arus ganas tersebut.

Arus ganas itu akhirnya telah mendapat korbannya iaitu sebuah kapal yang diketuai oleh Van der Decken, seorang warganegara Belanda telah terperangkap ditanjung tersebut kerana ditelan arus laut yang kuat. Akibat kecewa kerana tidak mampu keluar dari arus tersebut, Kapten Van der Decken akhirnya menjadi gila sehingga tergamak membunuh isterinya yang kebetulan ada bersamanya sepanjang tempoh pelayaran. Tak berhenti di situ, ketika sudah kehilangan akalnya, Kapten Van der Decken bersumpah yang dia akan keluar dari pusaran arus raksasa yang lebarnya 300km akibat pertemuan 2 arus lautan itu, "walau sampai kiamat pun aku akan menemui jalan keluar dari laut ini". 

Tetapi, hal yang tidak dia ketahui tentang arus itu ialah kapal semasa zaman sekarang yang menggunakan kuasa mesin dan enjin pasti dengan mudah dapat keluar dari arus itu, lain halnya jika kapal yang berada di dalam arus itu adalah sebuah kapal layar tahun 1700-an, sudah pasti dia tidak akan mampu melakukannya. 

Akhirnya, kapal tersebut hilang di lautan dan hingga sekarang tak pernah ditemui. Ada cerita mengatakan bahawa Kapten Van der Decken telah dikutuk kerana sumpahnya. Sehingga kini, dia dikutuk untuk terus berada di lautan dan banyak cerita mengatakan melihat kemunculan kapal tersebut sehingga kini.

p/s: Lautan merupakan kawasan yang menyimpan 1,001 kisah misteri..Sebab tu orang tua-tua pernah pesan, jangan terlampau seronok di tempat yang tak biasa kita pergi, kelak nanti mengundang padah..Seram kan? Hehehe..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *



Wednesday, 15 May 2013

[Hebat] Kota Heracleion: Bandar Mesir Purba Yang Hilang Ditemui Selepas 1,200 Tahun =D

Sejarah tamadun Mesir Purba sememangnya menyimpan 1,001 kisah misteri yang sudah tentunya masih belum dapat diungkai sepenuhnya..Kini, sebuah penemuan yang menakjubkan telah berlaku apabila sebuah kota pelabuhan purba Mesir, iaitu Kota Heracleion telah ditemui selepas hilang dalam lipatan sejarah selama 1,200 tahun..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Sebuah kota era Mesir purba iaitu Kota Heracleion telah ditemui oleh sepasukan ahli arkeologi selepas 1,200 tahun tenggelam di bawah permukaan laut. Pasukan ahli arkeologi turut menemui pelbagai artifak yang terpelihara dengan baik pada kedalaman 30 kaki di bawah permukaan Laut Mediterranean di Aboukir Bay yang terletak berhampiran Alexandria yang mengisahkan perihal sebuah kota pelabuhan purba yang terkenal pada masa itu.

Menurut Telegraph, "Penyelidikan lanjut kini menunjukkan bahawa Thonis-Heracleion merupakan sebuah kota pelabuhan yang penting bagi urusan perdagangan Laut Mediterranean dan Sungai Nil".

"Pihak penyelidik juga mendapati kota ini telah dibina di atas permukaan tanah liat yang bercampur dengan tanah pasir, dan memungkinkan ia tenggelam ekoran kejadian gempa bumi di rantau itu."


p/s: Penemuan arkeologi yang menarik dalam sejarah tamadun Mesir Purba =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...