Jom Singgah Sini =)

Monday, 30 April 2012

[Pelik]: Buat Mumia Daripada Makanan McDonald's *0*

Mumia seperti yang korang semua tahu adalah mayat yang diawet sempurna dan telah diamalkan oleh masyarakat Mesir purba pada suatu ketika dahulu..Namun, sekarang ni, proses pemumiaan tak perlu lagi guna mayat-mayat ni, guna produk makanan McDonald's pun dah boleh..Kalau nak tahu, meh baca kat bawah ni..

Seorang artis, Ben Campbell sanggup mengeluarkan duit poket nya sendiri sebanyak $200 bagi membeli burger McDonald's hanya untuk membuat arca mumia ini. 

Hal ini kerana beliau ingin membuktikan bahawa McDonald's tidak lagi membuat makanan semata-mata, namun telah membuat satu medium untuk sebuah arca yang mengerikan.

Di sini, beliau telah mencampurkan burger-burger tersebut dengan sedikit resin bagi membuktikan kepada dunia bahawa makanan McDonald's penuh dengan bahan pengawet dan secara literal nya, mampu bertahan untuk satu tempoh yang lama..

 



Macam mumia betul kan? Kreatif, kreatif..

p/s: Geli pulak bila bayang ini rupa burger McDonald's yang aku telan selama ni =,='


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...