Jom Singgah Sini =)

Thursday, 16 February 2012

Jabatan Tenaga Kerja: Membela Pekerja Atau Majikan?

Setahu aku, Jabatan Tenaga Kerja ni ditubuhkan dengan prinsip untuk bertanggungjawab ke atas kebajikan pekerja dan kepentingan majikan serta pelaksanaan dasar-dasar perburuhan negara melalui pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang buruh dan langkah-langkah promosi yang berkesan bagi mewujudkan tenaga kerja yang komited dan produktif..


Korang nampak tak apa yang aku bold kan atas tu? Pertama sekali adalah untuk menjaga kebajikan pekerja..Tapi apa yang akan jadi kalau Jabatan Tenaga Kerja hanya mementingkan kepentingan majikan dan tidak bertanggungjawab ke atasa kebajikan pekerja? Nampak macam biased, sebelahkan pihak majikan dan mencacaikan pihak pekerja, betul tak?


Ya, korang jangan ingat perkara macam ni tak pernah berlaku, perkara macam ni biasa berlaku dalam majikan atau syarikat-syarikat multinasional yang besar-besar, untung berbilion-bilion yang jenis kalau buat menindas pekerja pun takde hal punya derr..Sebab apa? Sebab diorang ada authority yang boleh 'di anjingkan' untuk membela pihak syarikat diorang kalau pihak pekerja membuat aduan..


Okay, kenapa aku cakap macam tu? Aku ni bukan jenis yang suka-suka nak lepas cakap je kalau aku sendiri tak rasa benda tu..Untuk pengetahuan korang, aku merupakan bekas pekerja di KFC Kamunting yang baru-baru ni telah membuat sesi perbincangan dengan bekas majikan atas aduan yang aku dah bawak ke pihak Jabatan Tenaga Kerja Cawangan Taiping..


Ini antara aduan-aduan yang aku buat ke atas KFC Kamunting:


1. Ketidaktepatan Informasi/Maklumat Dalam Risalah/Tawaran Kerja. 
i) Risalah jawatan kosong tidak sama dengan tawaran kerja.
ii) Gaji/upah yang di tawarkan mengelirukan pemohon.
iii) Tidak dinyatakan samada sepenuh masa atau separa masa.
vi) Ketidaktepatan informasi yang di iklankan.


2. Tiada Surat Tawaran Kerja/ Kontrak Secara Bertulis (Appointment Letter).
i) Pekerja tidak di berikan salinan surat tawaran terima bekerja (Appointment Letter)
ii) Pekerja tidak mengetahui isu kandungan kontrak dan syarat perkhidmatan.
iii) Pekerja tidak mengetahui status jawatan samada sepenuh masa atau separa masa.
vi) Pekerja tidak mengetahui status gaji/upah.
v) Terdapat unsur penipuan dan penindasan semasa menandatangani kontrak.


3. Jadual Kerja
i) Jadual kerja yang tidak konsisten.
ii) Notis jadual kerja tidak dipamerkan lebih awal dari tarikh dan masa bekerja.
iii) Mengubah tarikh dan masa kerja tanpa memaklumkan kepada pekerja.
iv) Pembahagian jadual kerja yang tidak samarata dengan pekerja lain.
v) Diskriminasi menetapkan jadual kerja pada Januari 2012 antara pekerja lain.
vi) Konspirasi untuk pekerja menamatkan perkhidmatan dengan mengurangkan masa bekerja.


4. Gaji/Upah.
i) Tiada salinan kontrak berkaitan gaji/upah yang dipersetujui.
ii) Tiada perbincangan berkaitan gaji/upah yang dipersetujui.
iii) Tiada penyata bertulis berkaitan pengiraan gaji/upah yang diterima.
iv) Tiada penyata bertulis berkaitan pemotongan gaji/upah yang dibuat.


5. Kebajikan.
i) Sikap tidak bertanggungjawab pengurusan KFC (Kes pukul – Repot Polis)
ii) Melibatkan orang luar untuk menyelesaikan masalah pengurusan KFC
(Kes pukul – Repot Polis)
iii) Tidak menghormati pekerja (Mengumpat,maki,menyindir)
iv) Mendedahkan maklumat pekerja pada orang luar
(Kes ugutan – Repot Polis)



Ini bukti yang surat untuk hadir bagi sesi perbincangan bersama majikan dan pekerja di Jabatan Tenaga Kerja Cawangan Taiping pada 14/2/2012 yang lalu..


Selain tu jugak, aku dah sedia kan beberapa bahan bukti yang lain untuk mengukuhkan aduan aku tu dan sebelum sesi perbincangan tu jugak, aku ada jumpa dengan beberapa orang peguam (kawan ayah aku) untuk tanya pasal isu ni..Diorang kata memang boleh buat kes..Okay, itu kata peguam, tapi apa kata pegawai Jabatan Tenaga Kerja?


Mengikut kata pegawai tu masa sesi perbincangan tempoh hari, bila aku secara sukarela berhenti daripada bekerja sebagai pekerja KFC, semua aduan aku ni dah tak boleh dirunding lagi a.k.a dibakul sampahkan dengan alasan yang aku dah tak ada apa-apa kaitan dengan diorang..So, apa tujuan aku datang ke sesi perbincangan tu kalau satu aduan apa pun tak boleh nak bincangkan? Saja nak rugikan masa aku ka apa?


Itu dah satu hal, bila nampak muka aku dah lain, pegawai tu kata lain pulak, kononnya boleh bincang satu isu sahaja iaitu pasal gaji..Untuk makluman korang, KFC punya stail nak menipu, kontrak kerja yang sepatutnya  kena tandatangan sebelum masuk kerja, diorang bagi 2 minggu selepas aku masuk kerja dan disuruh letak tarikh waktu hari mula-mula aku masuk kerja..Dah la tu, tak bagi aku baca dulu dan menipu kata surat yang kena tandatangan tu untuk urusan lain seperti KWSP, Maybank dan apa jadah diorang laa..


Tapi dalam sesi perbincangan tu, pengurus KFC yang suruh aku tandatangan tu tak berani nak datang tunjuk muka pulak, suruh pengurus lain pulak yang datang, Takut ke apa? Pandai buat silap pastu menyorok belakang orang lain..Bingai betul kalau ada pengurus macam ni..


Berbalik pasal isu gaji, pihak pengurusan KFC kata sejam upah nya RM3.00, tapi bila tengok kontrak, upah sejam adalah RM2.50, so mana satu yang nak kena ikut ni? Dalam kontrak dengan kata-kata pihak pengurusan sendiri pun dah bercanggah..


Itu satu hal, dalam kontrak pulak tulis aku ni pekerja separa masa tapi jadual kerja macam pekerja sepenuh masa iaitu 8 jam sehari, macam mana? Bila ada apa masalah dengan pekerja, pihak pengurusan boleh suka-suka hati potong jam pekerja..Ini prosedur apa? Yahudi? Kenapa tak ikut Akta Kerja 1955? KFC ni besar sangat ke sampai undang-undang dan hak pekerja pun diorang boleh langgar?


Pegawai Jabatan Buruh tu kata apa kalau korang nak tahu? Dia suruh aku berbincang dengan pihak pengurusan KFC kenapa buat macam tu dan diorang mungkin ada sebab tak bagi korang masa kerja macam orang lain..Pegawai ni sekolah sampai tahap berapa ekk? Sebab aku dah penat nak berbincang la yang aku buat aduan kat jabatan kau, bodoh..


Dah la tu, bab majikan kena bagi apointment letter kat pekerja pun pegawai tu boleh backing KFC, katanya KFC pun ada prosedur diorang jugak, lewat 3 bulan, setahun lebih tu biasalah..Apa bangang pegawai ni? Kalau KFC ada prosedur sendiri, bermakna tak perlu ikut undang-undang la, macam tu? Jenis pegawai sekolah tak habis, berangan nak pegang pangkat tinggi, hasil nya jadi macam ni laa..


Dah la tu, kes adik aku (kerja sama dengan aku) kena pukul dalam premis KFC dengan boyfriend pengurus KFC tu pegawai tu tak mahu layan, malah bukti pun dia tak mahu tengok..Apa biased pegawai ni? Kau makan gaji dengan KFC ekk? Sebab tu kau jilat diorang sampai macam tu kan?


Korang nak tahu berapa lama sesi perbincangan ni berlangsung pada hari tu? Tak sampai sejam pun, juz setengah jam lepas tu tamat..Aduan aku tu dia nak K.I.V dulu sementara runggu penyata gaji bulan Januari..Kalau macam tu, serupa macam aku tak buat aduan la, dan pihak pengurusan KFC Kamunting terlepas macam tu jaa..Sial betul laa..


Selepas ja aku keluar dari pejabat Jabatan Tenaga Kerja tu, serta merta persoalan aku tentang kenapa mahasiswa terlampau memilih kerja yang sering dihentam pihak kerajaan ke atas mahasiswa umpama mahasiswa 100% yang bersalah tu terjawab..Rupa-rupanya, bukan mahasiswa sahaja yang bersalah dalam hal ni, tapi dengan cara pihak majikan yang tidak bertanggungjawab, tak beretika dan tidak amanah serta pihak di jabatan-jabatan kerajaan yang tidak professional pun menjadi penyebab kenapa mahasiswa sekarang ni terlampau memilih kerja..


Lagi pun, kalau aku kalah dalam isu ni pun, aku takkan rugi, sebab aku akan carry forward isu ni masa aku sambung belajar dalam ijazah sarjana muda pengajian undang-undang nanti..Sebab tu aku tak berapa suka kalau syarikat multinasional macam diorang ni bertapak terlalu lama di Malaysia, lambat laun pekerja bangsa kita sendiri pun boleh tertindas..


Untuk makluman korang, aku telah pun failkan satu surat untuk dihantar kepada Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak untuk diadakan sesi perbincangan semula oleh pegawai lain yang lebih berkelayakan..Harap semuanya akan berjaya dan keadilan pekerja dapat ditegakkan..Jangan ingat sebab aku ni pekerja separa masa, aku tak ada hak sebagai pekerja, itu ternyata satu persepsi yang salah..


p/s: Dengar cerita dari peringkat pusat, pegawai yang in-charge sesi perbincangan aku tu ada kes lagi yang tak selesai mengenai kes pemerdagangan manusia sampaikan saksi pun dia halau sebab nak kes habis cepat dan lebih memihak pada majikan..Patutla kes aku pun dia nak bagi perabih cepat..Hahahaha, "Tugas Adalah Ibadat" konon, hakk ptuihhh!


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

24 comments:

Tawaran Biasiswa said...

aku setuju ngan ko..byk kompeni swasta ni bt undang2 sendiri..tp jabatan buruh tutp mata je..

shuttet said...

yup..kebanyakan undang2 yang syarikat swasta ni buat tak diselia dgn terperinici oleh pihak Jabatan Buruh..Asalkan ada yg ikut peraturan sikit, yg lain2 tu diabaikan..lepas ni berjaga2 laa..

Faizal Syukri said...

nasib nasib...
saya di Terengganu dulu, pejabat tenaga kerja lebih utamakan pekerja dari majikan...
tp, terlalu lebihkan pekerja sampai pekerja yang kompom2 salah pun, majikan kene juga...

FYZ-TEAM said...

Aku pulak kena.. Lagi cantik.. Company nama logitel.. aku tender 1 bulan tapi dia ckp aku tender 24jam dan dalam notis kata 2 bulan.. padahal surat pe pon aku x dapat.. then bila aku cakap.. jabatan buruh kata itu urusan kamu dan pihak syarikat.. then yang datang masa perbicaraan wakil syarikat yang dah resign pon boleh? aduhai.. sepatutnya sah-sah kena reject kes ni.. pening²

shuttet said...

selalunya majikan daripada syarikat multinasional (MNC) memang akan dapat kelebihan berbanding pekerja yang berkerja di bawah syarikat mereka..kadang2 aku sendiri pun rasa, Jabatan Buruh ni macam tak wujud pun ada, sebab dah tahu kesudahannya mesti bagi keuntungan kepada majikan berbanding pekerja yang teraniaya..

Unknown said...

Pejabat buruh nie sial tahap babi.
Anjing kepada rasuah.

Unknown said...

Aku pn mcm nko juga..malah d katakan berhutang rm42.99 kerana berhenti tanpa notis. Sedang aku tak d maklumkn. Apatah lg surat tawaran kerja.. Mmg la nk brenti nk kasi notis, pggil msuk keje mcm tu je and d minta plak cover shift lain tanpa bg notis..ape hal.

Unknown said...

Aku pn mcm nko juga..malah d katakan berhutang rm42.99 kerana berhenti tanpa notis. Sedang aku tak d maklumkn. Apatah lg surat tawaran kerja.. Mmg la nk brenti nk kasi notis, pggil msuk keje mcm tu je and d minta plak cover shift lain tanpa bg notis..ape hal.

Unknown said...

Aku pn mcm nko juga..malah d katakan berhutang rm42.99 kerana berhenti tanpa notis. Sedang aku tak d maklumkn. Apatah lg surat tawaran kerja.. Mmg la nk brenti nk kasi notis, pggil msuk keje mcm tu je and d minta plak cover shift lain tanpa bg notis..ape hal.

Unknown said...

Aku pn mcm nko juga..malah d katakan berhutang rm42.99 kerana berhenti tanpa notis. Sedang aku tak d maklumkn. Apatah lg surat tawaran kerja.. Mmg la nk brenti nk kasi notis, pggil msuk keje mcm tu je and d minta plak cover shift lain tanpa bg notis..ape hal.

fina11 said...

Kami pekerja &pjbt swasta ni x join ngan pejbt buruh ka.nak conform cuti peristiwa pun kna tya HQ.dah sah2 kedah cuti sempena kemangkatan Tunku BEndahara KEdah..

Unknown said...

Apakah perkerja lakukan sekiranya ketua department memberi terlalu tekanan0 dari segi jadual yg tidak sama rata dgn pekerja lain. Jawatan sebenar pekerja dinafikan, kurang komunikasi,konspirasi utk pekerja meletak kan jawatan kerana0 tekanan kerja.

shuttet said...

Cik Amy Amylia, adalah lebih tepat sekiranya Cik Amy bawa perkara ini kepada pihak HR di tempat Cik Amy bekerja atas faktor diskriminasi. Sebagai seorang ketua jabatan, komunikasi antara pekerja dan ketua amat penting dalam melaksanakan sesuatu tugasan dan itu merupakan tanggungjawab seorang ketua. Selain memastikan sesuatu tugasan dapat dilaksanakan dengan berkesan, seorang ketua juga perlu berfikir bagi memudahcarakan tugasan tersebut untuk dilaksanakan.

Bagi saya, tekanan merupakan satu cara yang sangat ampuh bg melemahkan semangat seseorang untuk bekerja secara efisyen dan konspirasi ke arah itu merupakan satu pembulian di tempat kerja. Saya syorkan Cik Amy senaraikan kesalahan2 yang dilakukan oleh ketua jabatan dan lebih elok sekiranya disertakan dgn bukti (factual evidence).

Cik Amy juga boleh berbincang dengan rakan2 sekerja akan langkah lain yang boleh diambil di samping meraih sokongan untuk mereka membantu dan membela masalah anda. Tak mustahil hanya Cik Amy seorang sahaja yg mengalami masalah ini dan mungkin ada diantara pekerja lain yg mempunyai masalah yg sama. Cuba berkobalorasi dgn pekerja yg mempunyai masalah seperti anda dan lakukan laporan secara berkumpulan berbanding menyelesaikan secara bersendirian. Apa yg penting? Kerjasama! =)

Unknown said...

salam... writer...saya ada masalah lebih kurag kes dibuli boss sendiri.... kerja yang dia assign pd saya mmg btk dr buasa...pada keadaan skrg, saya sgt tight dr jam 8 hinhga 6 ptg....boss tmbh lagi extra tugas akibat sorg exec yg sudah resign... multinasional co gak kat perak ni..mmg terkenal dgn racist....saya satu satunya exec melayu....

kerana stress dan migraine...sy ambil cuti mc 2 hari khamis dan jumaat lepas... menyebabkan beliau arrange 4 org membantunya back up kerja sy... walhal jika org lain...seorg boleh back up jika seorang lg bercuti...nmpk sgt load kerja saya bagaimana byk kan...

saya sgt tertekan ..masih berfikir jika saya patut kerja atau cuti esok? base on history...die akan cari peluang memaki hamun dan marah marah .... adakah jalan utk saya buat aduan? jika saya buat aduan dlm syrkt ini juga...saya rasa mcm x bermakna...org atasan semuanya cina juga...pls suggest something...

shuttet said...

Wa'alikumslm Cik Ella Nur..masalah buli oleh majikan bukan perkara asing dlm dunia pekerjaan, tambah2 lagi sekiranya mangsa buli merupakan golongan minoriti di dlm syarika..pada pandangan saya, masalah Cik Ella perlu dilaporkan pada pihak HR dlm syarikat, ini bg memastikan segala dakwaan dan permasalahan Cik Ella dpt didokumenkan secara black n white..

Itu adalah langkah pertama dan sekiranya masih berterusan, Cik Ella boleh membawa copy dakwaan pada pihak HR syarikat sebelum ini untuk diadukan kepada pihak Jabatan Buruh di cawangan yg berdekatan..Ini boleh menjadi bukti yg Cik Ella pernah membuat aduan tapi tiada apa2 tindakan sewajarnya yg diambil oleh pihak syarikat untuk menyelesaikan masalah tersebut..

Lazimnya, Pejabat Buruh akan memanggil kedua2 pihak iatu pekerja (Cik Ella) dan majikan (bos) untuk berbincang bersama2 dgn kehadiran Pegawai Jabatan Buruh yg bertugas..Di sini saya nasihatkan kpd Cik Ella untuk menerangkan masalah yg dihadapi se-detail yg boleh dan sekiaranya ada pekerja lain yg pernah berhadapan masalah yg sama, minta mereka sama2 hadir untuk menjadi saksi..

Sekiranya bukti dan penerangan Cik Ella benar2 kukuh, pihak majikan boleh didakwa di bawah Akta Syarikat dan diskriminasi terhadap pekerja..Saya sarankan Cik Ella cuba langkah demi langkah, biar perlahan asalkan ia dpt membantu Cik Ella dgn jayanya :)

Unknown said...

terima kasih atas suggestion en writer... siyesly looking for courage to go to work tomorrow... :( will proceed this step by step in shaa allah..thanks

shuttet said...

Harap saranan saya dpt membantu Cik Ella, sama-sama :)

Unknown said...

As'salam..sye punya kes lain sikit majikan sye ni perempuan melayu..dlm hal sye ni pd gji bulan april majikan telah menolak cuti utk tahun 2015 okt, nov dan dis..ptot ke cerita tahun lpas ditolak pd bulan april?dan sye telah isukn pd majikan yg bulan mac kwsp sye utk dipotong 2x utk bulan 2 tp da seminggu majikan sye bdiam diri bila dtanya katanye blum check lg..sye da check pnyata kwsp tp hanya potong 1x shj..then bila dtg lambt cover 1 jam xdikira 1 jam tu kalau mcm ni bwk ke tgah adakah sye menang atau salah?skadar inginkn kpastian..

Unknown said...

Salam bro..nk tanya pndapat , saya masuk sbgai technician , company ada bbrapa cwgan . bila saya masuk ke cwgan trsebut , pngurus dkt sini suruh jln operator , bila saya tanya HR betul saya masuk technician , saya sabar 4 bln dah sbb HR ckp mngkin nak bagi pngLaman , saya terima tp dlm masa 4 bulan ni tiada pun saya diajar bidang technician , sedangkn org yg masuk operator pula di ajar bidang technician , tipu la kalau kita tak terasa , kdg2 benda ni buat hilang smgt untuk kerja , saya tidak dpt lg surat hitam putih tawaran kerja , cuma pada slip gaji saja dinyatakan jawatan technician . apa yg patut saya lakukan ? Shingga skrg saya hanya diam sabar selagi mampu tp smgt tuh kian hilang sbb saya dtg nak cari pngalaman dlm bidang yg saya belajar iaitu mekanikal

shuttet said...

Bro Nizam, pada pendapat saya, offer letter tu sgt penting bg menunjukkan apa jawatan yg diterima oleh bro Nizam dan majikan perlu memberi tugasan sama seperti yg dinyatakan (technician) dlm offer letter sedangkan slip gaji bro Nizam dinyatakan jawatan technician. Bg saya, ada keraguan mengenai jawatan bro Nizam disitu. Pendapat saya, bro Nizam perlu desak majikan untuk menyerahkan offer letter kepada pekerja, risau sekiranya majikan boleh gunakan untuk tujuan menipu pekerja di kemudian hari dan memudahkan bro Nizam untuk mengmbil tindakan undang2 sekiranya diperlukan nanti. Kalau tak ada offer letter tu, majikan boleh kata mereka mereka tidak pernah menggaji bro sebagai technician, hanya sebagai operator yg digajikan mengikut tangga gaji technician.

Majikan ni banyak akal pusingnya bro Nizam, dan saya nasihatkan bro cuba minta offer letter dari majikan sampai dapat. Kalau masih tak dapat, buat aduan pada pihak HR mengatakan pihak majikan gagal memberikan offer letter jawatan kepada bro Nizam sehingga menimbulkan syak wasangka kemungkinan ditipu mengenai jawatan yg diberikan.

Unknown said...

Assalamualaikum bro, nk tanya jika bekerja lebih dari satu tahun tapi masih tak dpt slip gaji, adakah boleh buat dakwaan terhadap majikan ?

Sutinah said...

Buat aduan tak kat kementerian pasal peg kat jtk tu?

Unknown said...

Kawan sy baru kena buang kerja 2 hari lepas..Ac KFC suruh termination terus sebab pakai mask separuh..dibuang kerja tanpa alasan yang kukuh..dan lansung tak bagi surat diberhentikan..bila mintak surat manager cakap nanti HQ bagi..macam mana tu yew?sebab nk buat report pn mesti ada bukti..

Unknown said...

Salam bro nak tanya.. Saya bkerja gaji agak ksar... Pendapatan cecah 5k....tapi xpernah ada ofer later... Sebelum sy berhenti tampa notis.. Saya selesai kan kerja saya.. Saya bekerja dah 1thun...sbagai piloting HDD.. Padahal sebelum.. Saya berrhenti... Saya ada kena marah sama projek manager... Atas cover budak2.. Punya kesalahan.... Kesalahan xbesar. Yg spatut nya kita paham..pada hari sebelum saya kena marah.... Budak kerja... Smpai mlm... Dgn ujan... Jadi budak2 mnx masuk petg.. Untuk buat in pit dan aleh mesin ke crossing lain... Jdi saya pun izin kan... Ptg kita aleh kan... Dan wktu itu saya telah bincang sama gasmalaysia... Planing2 saya.... Dorg pun setuju...selepas saya bincang... Mnager pon smpai...tampa tanya planing... Dia terus slah kan sy dan marah smpaj dia ckap...team ni ttup... Buat sakit kapala... Biar jalan 1 team.... Team ni bugkus kain baju balik johor... Masa tu kami di sg petani... Dlam hati sy... Sedang kn... Dari 2019...team kami kat luar johor.. Dekat ipoh gerik dansg petani... Cri duit untuk compny... Siap kan projek.. Tampa compny sakit kpala... Team lagi 1...byak duduk di store... Pada buat kerja yg supervisor team lagi 1 xnak.... Jadi dorg kadang hmpir 3bln duduk store mkn gaji... Tpi kami xblik... Gasak siap kn projek... Mesin team kami dgn team lagi 1...sgt berbeza... Thun yg sama bulan yg sama hri yg sama... Dia masih nmpak bru dan bersih... Kami punya... Skali kluar... Susah nak jmpe store.. Tpi kami di pndang buruk..umpama team lagi 1....macam surga... Kami neraka... Nak mnx barang kerja... Mcam back heo....semua sgt susah... Dia soh pinjam dgn team compny lain..naik malu... Team lagi 1.... Perfet... Ape nak semua dpat... Siap ade deiver back heo dan back heo... Adkah saya boleh bawak ketgah.... Kes ini... Pasal gaji saya dia sekat... Card niosh semua dia tolk dri gaji sy.. Sedang kan... Semua itu comny yg tanggung dan klau di kira bkerja.. Kami dan 12 hari...sy xpnah dpat ape2 ofer later... Masa bula... Jnji gaji dan comision lain... Bila dah 6 bln... Lain plak kiraan nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...