Jom Singgah Sini =)

Thursday 16 February 2012

[Misteri]: Penemuan UFO Terhempas Dalam Laut?

"Penemuan yang tak disangka-sangka", mungkin itu lah ayat yang paling sesuai bagi menggambarkan penemuan UFO yang dikatakan telah terhempas ke dalam laut baru-baru ni..Entah betul atau pun tidak yang diorang jumpa tu UFO, itu aku tak tahu..Tapi kalau betul la yang tu UFO, perghhh, satu penemuan yang luar biasa bebb..Kalau nak tahu cerita dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni:


Underwater UFO Millenium Falcon - Underwater Discovery telah menyebarkan khabar angin tentang sebuah UFO yang dipercayai terhempas di Laut Baltik yang terletak antara Finland dan Sweden yang  mirip seperti kapal angkasa dalam cerita 'Star Wars' sehingga menyebabkan para peminat cerita fiksyen tersebut tertanya-tanya sama ada UFO yang terhempas itu wujud sejak zaman dahulu atau datang daripada galaksi lain yang lebih jauh pada suatu ketika yang lalu. Seorang penyelidik Sweden, Peter Lindburg mendapati bahawa 'UFO dalam air' tersebut menyerupai kapal angkasa filem 'Star Wars' yang terkenal iaitu Millenium Falcon.

Buat masa ini, ia lebih dikenali sebagai Unidentified Submerged Object atau USO. Tetapi disebabkan bentuk nya pelik, orang lain lebih mempercayai teori bahawa ia adalah sebuah UFO yang terhempas ke dalam laut berbanding 'objek tenggelam yang tidak dikenalpasti'.

Menurut Peter Lindberg selaku ketua operasi The Ocean Explorer, mereka menemui objek tersebut ketika sedang melakukan ekspidisi mencari bangkai kapal yang tenggelam di perairan tersebut pada 19 Jun. Objek tersebut merupakan satu objek bulat yang berukuran 60 kaki dan terdampar pada kedalaman 300 kaki di bawah paras laut.

Menurut pihak mereka, mereka masih belum merancang untuk melakukan siasatan lanjut terhadap objek misteri tersebut setelah menyebarkannya kepada umum. Tetapi, dengan kerjasama pihak media, banyak pihak telah pun mula menunjukkan rasa minat terhadap objek misteri tersebut dan mungkin dengan sedikit dana, pihak The Ocean Explorer mungkin akan mengubah pendirian mereka bagi melakukan siasatan terhadap objek tersebut.

Buat masa ini di FanPage The Ocean Explorer di Facebook telah mula membuat iklan bagi menjual baju T-shirt mengenai penemuan tersebut iaitu "Secrets Of The Sea 2011-12" yang dihiasi gambar objek misteri tersebut di dasar laut dengan harga USDolar 20 sahaja. 

Video meh tengok kat bawah ni:


p/s: harap diorang boleh bawak keluar UFO tu dari dalam air..Nak jugak tengok apa rupa dia..Hehehehe..




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...