Jom Singgah Sini =)

Thursday, 26 January 2012

Kenapa Kena Berhenti Merokok =D

Aku rasa entri kali ni sesuai kot bagi perokok-perokok tegar yang susah nak berhenti merokok ni..Iye laa, kadang-kadang bagi nasihat sampai dah berbuih mulut pun, macam tak jalan jugak..Mungkin dengan comic strip kat bawah ni boleh "bukak mata" golongan perokok tegar atau diorang yang baru nak berjinak-jinak dengan bahana merokok ni..Apa-apa hal pun, meh layan comic strip tu kat bawah ni =D


Walaupun nampak ganas sikit, tapi ada mesej tu..Hehehehe..

p/s: mencegah lebih baik daripada mengubati =D


Wednesday, 25 January 2012

[Video]: Handphone Punya Pasal, Telinga Melecur =D

Masyarakat kita sekarang ni bukan boleh berenggang dengan handphone ni, mana saja kita pergi, benda alah tu mesti kita bawak bersama, hatta masuk ke dalam jamban sekali pun..Hehehehe..

Tetapi, kita kena sentiasa beringat, handphone ni jugak kadang-kadang boleh membawa kemalangan pada diri kita..Tak payah kemalangan besar-besar la, yang kecik pun dah cukup..Time nak gosok baju pun boleh..Kalau nak tahu apa rupa eksiden tu, meh tengok video kat bawah ni =D


p/s: lain kali jangan letak handphone dekat dengan sterika..Kang ada yang terbakor telinga macam mamat tu..Hehehehe =D


Punca Kulit Cepat Rosak =)

Bagi kebanyakkan kaum wanita, penjagaan kulit di sekitar raut wajah dan tubuh badan amat lah penting..Sebabnya, kulit di bahagian tersebut bukan hanya berfungsi sebagai simbol keayuan seseorang wanita namun berfungsi juga sebagai satu daya tarikan seksual buat kaum lelaki..Sapa yang tak suka perempuan yang berkulit cantik, cerah dan gebu, betul tak? Hehehe =D

Walaubagaiman pun, nak jaga kecantikkan kulit daripada rosak akibat aktiviti harian yang kita jalankan bukan lah satu kerja yang mudah..Tapi, hari ni aku cuma nak bagi tips sikit pasal perbuatan atau tabiat buruk korang yang boleh menyebabkan kulit cepat rosak..Kalau nak tahu apa dia, meh baca kat bawah ni..


Bercakap di telefon terlampau lama.

- Menjadi kebiasaan kita meletakkan telefon bimbit di serata tempat termasuk di  tempat-tempat berdebu, seperti dalam beg, atas meja, dalam kereta dan sebagainya. Tanpa disedari, ia boleh menyebabkan jerawat pada muka apabila pipi bersentuhan dengan telefon akibat bercakap di talian terlampau lama. Untuk mengelakkannya, lap dahulu telefon sebelum menggunakannya.

Kerap mengerutkan mata.

- Tabiat sesetengah daripada kita tidak gemar mengenakan kaca mata atau kanta sentuh walaupun penglihatan agak kabur. Ini membuatkan anda mengerutkan muka dan mengecilkan mata untuk melihat objek dengan lebih jelas. Jika perbuatan ini berterusan, kesannya kulit akan cepat berkerut dan kelihatan tua.

Penggunaan penyembur rambut (hair spray).

- Banyak yang menggunakan tapak tangan bagi melindungi mata ketika menggunakan penyembur rambut. Tapak tangan tidak dapat melindungi seluruh wajah kerana partikel-partikel kecil daripada penyembur rambut akan menembusi celah-celah jari dan melekat pada wajah yang boleh menjejaskan kulit. Seeloknya gunakan tuala bersih untuk melindungi wajah ketika menggunakan penyembur rambut.

Malas mengganti sarung bantal.

- Ketika tidur, sel-sel kulit mati di wajah akan melekat pada sarung bantal. Lama-kelamaan ia menebal dan timbul bakteria. Jadi, jika malas mengganti sarung bantal bermakna anda tidur di atas timbunan bakteria..Yuckssss!

Kerap mandi air panas.

- Mandi air panas memang nikmat. Tapi, jika terlalu kerap dan tempohnya terlalu lama, lapisan luar epidermis akan terkikis dan kulit akan menjadi kering. Kulit kering lebih cepat kendur dan berkedut.

~ so, mana satu pilihan korang? =D ~

p/s: cuba ambil dan amalkan..Mudah-mudahan kulit korang akan jadi cantik lepas ni..Hehehe =D




Tuesday, 24 January 2012

Tips Untuk Elakkan Masalah Pedih Ulu Hati..

Rata-rata dalam kalangan korang mesti pernah rasa kan macam sakit pedih ulu hati (heartburn) ni kan? Selalu nya punca yang menjadi masalah pedih ulu hati ini datang daripada cara pemakanan kita yang tak betul..Kita hanya makan makanan yang kita suka jaa, contohnya macam pizza, burger, makanan yang pedas, air berkarbonat dan macam-macam lagi la..Kalau dibiarkan berterusan, silap-silap boleh kena penyakit Gastro-Esophageal Reflux Disease (GERD), iaitu penyakit yang melibatkan penghadaman..

So, apa cara terbaik yang boleh kita buat bagi mengelakkan masalah ni daripada berlaku? Meh baca kat bawah ni =D


Cara mengelakkan masalah pedih ulu hati:

1. Elakkan daripada memakai pakaian dan seluar yang ketat selepas makan.

2. Elakkan daripada melakukan aktiviti berat selepas makan.

3. Jangan menghisap rokok atau minum minuman yang berakhohol.

4. Elakkan daripada perut kosong dan makanan yang tidak berkhasiat.

5. Cuba kekalkan berat badan yang sedia ada.

6. Makan makanan yang ringan (light meal) pada waktu malam.

7. Kunyah makanan dengan sempurna dan makan dengan perlahan.

8. Makan dalam keadaan tenang dan bebas daripada masalah stress.

9. Elakkan daripada makan dengan tergesa-gesa dan makanan yang tinggi kandungan asidnya (Ph).

10. Minum banyak air.

11. Amalkan berada dalam kedudukan menegak selepas makan bagi memudahkan proses penghadaman.

Makanan yang perlu dielakkan bagi mengelakkan masalah pedih ulu hati:

1. Elakkan makan makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi terutamanya sebelum tidur.

2. Elakkan pengambilan gula yang terlampau banyak.

3. Elakkan pengamalan mengunyah chewing gums dan gula-gula penyegar mulut.

4. Kurangkan pengambilan coklat dan kafeine.

5. Elakkan pengambilan barangan konfeksi, pemanis tiruan dan makanan yang diproses.

p/s: harap info ni berguna untuk korang yang selalu kena penyakit pedih ulu hati ni..Berubah sebelum parah..


Iklan Makanan Segera Yang Tak Serupa Bikin..

Pernah tak bila korang pergi makan, terutamanya di restoran-restoran makan segera, mesti ada papan menu untuk korang order makanan korang kan? Tapi bila pesanan makanan korang sampai je, apa yang korang tengok ada lah makanan yang korang order tu tak sama macam yang dipaparkan dalam iklan menu dia tu..Apa yang korang terfikir time tu? "Burger kat iklan besar tapi dah order kecik pulak"..Mesti ada kan yang berfikiran macam tu? Hehehehe..

Tapi nak buat macam mana, semua tu kuasa iklan yang mempengaruhi fikiran kita..Nampak ja burger tu besar sikit, kita mesti teringin nak beli, tambah-tambah kalau time lapar tahap gaban..Memang lagi bernafsu la time tu..keh..keh..keh..keh..

So, bagi korang yang pernah 'terkono' dengan iklan-iklan macam tu, meh tengok gambar kat bawah ni, mana tahu ada gambar yang iras-iras burger yang pernah korang 'terkono' dulu tu =D











p/s: kalau dah masuk waktu lapar gila-gila, apa pun tak peduli dah..Hehehehe


[Video + 18SX]: Wanita Di Bogelkan Kerana Mencuri *0*

Haishhh..Apa nak jadi la dengan diorang ni..Tak ada hukuman lain ke nak guna selain guna cara macam ni, sikit-sikit ditelanjangkan dan dibogelkan..Masih ada banyak lagi cara elok yang boleh digunakan untuk memberi pengajaran kepada si pesalah..Bagi aku, cara hukuman ni menampakkan sifat segelintir manusia yang masih lagi tidak bertamadun dan tidak bermoral..Bagi yang nak tahu cerita sebenar, meh baca kat bawah ni..


Wanita berusia 25 tahun ini telah dimalukan oleh sekumpulan pelajar lelaki di sebuah universiti apabila dia didakwa mencuri sebuah komputer riba dan telefon mudah alih yang dipunyai oleh seorang pelajar di sana. Wanita ini telah ditangkap oleh para pelajar universiti itu ketika cuba melarikan diri bersama barang curiannya.




Bukan setakat ditelanjangkan, malah ada sesetengah pelajar lelaki memaksa wanita ini membuka kelangkangnya dan cuba untuk memasukkan jari ke dalam kemaluan wanita ini. Pelajar lelaki yang lainnya merakam menggunakan telefon bimbit mereka dengan cara yang tidak bertamadun.


Menurut sumber, wanita ini telah dua kali ditangkap kerana kesalahan yang sama. Namun nasib tidak menyebelahinya, kerana mencuri, dia terpaksa dihukum  'bertelanjang bulat'. Buat masa ini tidak dapat disahkan lagi sama ada wanita ini merupakan penuntut di universiti yang sama atau tidak..




Video di sini


Sumber asal: GhanaLeak

p/s: harap-harap orang yang bagi bogel perempuan ni dikenakan hukuman yang setimpal =/


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Monday, 23 January 2012

[Pelik]: Ayam Hidup 18 Bulan Tanpa Kepala..

Ganjil bukan? Mustahil bagi sesuatu makhluk itu hidup tanpa organ atau tubuh badan yang mencukupi tambah-tambah pulak anggota badan yang hilang tu adalah kepala! Kalau tanya aku, mati hidup balik pun aku tak berapa nak percaya..Tapi, kalau itu yang telah ditetapkan oleh Allah, kita sebagai manusia kena la terima benda tu walaupun tak masuk dek akal..

Untuk pengetahuan korang, kejadian ayam tanpa kepala bermula pada 10 September 1945 atas kesilapan tuan nya melakukan penyembelihan..Oleh itu, apa yang tertinggal di bekas yang dulunya terletaknya kepala si ayam hanyalah telinga dan kebanyakan otaknya sahaja..Mungkin atas sebab tu kot ayam ni boleh hidup lagi..Gambar pasal ayam ni boleh layan kat bawah ni..





Bagi korang yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut pasal ayam tak ada kepala ni, meh baca kat sini =D

p/s: dah macam ayam zombie pulak, kepala tak ada pun boleh jalan merata..Hehehehe..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...