Jom Singgah Sini =)

Wednesday, 25 January 2012

Punca Kulit Cepat Rosak =)

Bagi kebanyakkan kaum wanita, penjagaan kulit di sekitar raut wajah dan tubuh badan amat lah penting..Sebabnya, kulit di bahagian tersebut bukan hanya berfungsi sebagai simbol keayuan seseorang wanita namun berfungsi juga sebagai satu daya tarikan seksual buat kaum lelaki..Sapa yang tak suka perempuan yang berkulit cantik, cerah dan gebu, betul tak? Hehehe =D

Walaubagaiman pun, nak jaga kecantikkan kulit daripada rosak akibat aktiviti harian yang kita jalankan bukan lah satu kerja yang mudah..Tapi, hari ni aku cuma nak bagi tips sikit pasal perbuatan atau tabiat buruk korang yang boleh menyebabkan kulit cepat rosak..Kalau nak tahu apa dia, meh baca kat bawah ni..


Bercakap di telefon terlampau lama.

- Menjadi kebiasaan kita meletakkan telefon bimbit di serata tempat termasuk di  tempat-tempat berdebu, seperti dalam beg, atas meja, dalam kereta dan sebagainya. Tanpa disedari, ia boleh menyebabkan jerawat pada muka apabila pipi bersentuhan dengan telefon akibat bercakap di talian terlampau lama. Untuk mengelakkannya, lap dahulu telefon sebelum menggunakannya.

Kerap mengerutkan mata.

- Tabiat sesetengah daripada kita tidak gemar mengenakan kaca mata atau kanta sentuh walaupun penglihatan agak kabur. Ini membuatkan anda mengerutkan muka dan mengecilkan mata untuk melihat objek dengan lebih jelas. Jika perbuatan ini berterusan, kesannya kulit akan cepat berkerut dan kelihatan tua.

Penggunaan penyembur rambut (hair spray).

- Banyak yang menggunakan tapak tangan bagi melindungi mata ketika menggunakan penyembur rambut. Tapak tangan tidak dapat melindungi seluruh wajah kerana partikel-partikel kecil daripada penyembur rambut akan menembusi celah-celah jari dan melekat pada wajah yang boleh menjejaskan kulit. Seeloknya gunakan tuala bersih untuk melindungi wajah ketika menggunakan penyembur rambut.

Malas mengganti sarung bantal.

- Ketika tidur, sel-sel kulit mati di wajah akan melekat pada sarung bantal. Lama-kelamaan ia menebal dan timbul bakteria. Jadi, jika malas mengganti sarung bantal bermakna anda tidur di atas timbunan bakteria..Yuckssss!

Kerap mandi air panas.

- Mandi air panas memang nikmat. Tapi, jika terlalu kerap dan tempohnya terlalu lama, lapisan luar epidermis akan terkikis dan kulit akan menjadi kering. Kulit kering lebih cepat kendur dan berkedut.

~ so, mana satu pilihan korang? =D ~

p/s: cuba ambil dan amalkan..Mudah-mudahan kulit korang akan jadi cantik lepas ni..Hehehe =D




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...