Jom Singgah Sini =)

Tuesday 24 January 2012

Tips Untuk Elakkan Masalah Pedih Ulu Hati..

Rata-rata dalam kalangan korang mesti pernah rasa kan macam sakit pedih ulu hati (heartburn) ni kan? Selalu nya punca yang menjadi masalah pedih ulu hati ini datang daripada cara pemakanan kita yang tak betul..Kita hanya makan makanan yang kita suka jaa, contohnya macam pizza, burger, makanan yang pedas, air berkarbonat dan macam-macam lagi la..Kalau dibiarkan berterusan, silap-silap boleh kena penyakit Gastro-Esophageal Reflux Disease (GERD), iaitu penyakit yang melibatkan penghadaman..

So, apa cara terbaik yang boleh kita buat bagi mengelakkan masalah ni daripada berlaku? Meh baca kat bawah ni =D


Cara mengelakkan masalah pedih ulu hati:

1. Elakkan daripada memakai pakaian dan seluar yang ketat selepas makan.

2. Elakkan daripada melakukan aktiviti berat selepas makan.

3. Jangan menghisap rokok atau minum minuman yang berakhohol.

4. Elakkan daripada perut kosong dan makanan yang tidak berkhasiat.

5. Cuba kekalkan berat badan yang sedia ada.

6. Makan makanan yang ringan (light meal) pada waktu malam.

7. Kunyah makanan dengan sempurna dan makan dengan perlahan.

8. Makan dalam keadaan tenang dan bebas daripada masalah stress.

9. Elakkan daripada makan dengan tergesa-gesa dan makanan yang tinggi kandungan asidnya (Ph).

10. Minum banyak air.

11. Amalkan berada dalam kedudukan menegak selepas makan bagi memudahkan proses penghadaman.

Makanan yang perlu dielakkan bagi mengelakkan masalah pedih ulu hati:

1. Elakkan makan makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi terutamanya sebelum tidur.

2. Elakkan pengambilan gula yang terlampau banyak.

3. Elakkan pengamalan mengunyah chewing gums dan gula-gula penyegar mulut.

4. Kurangkan pengambilan coklat dan kafeine.

5. Elakkan pengambilan barangan konfeksi, pemanis tiruan dan makanan yang diproses.

p/s: harap info ni berguna untuk korang yang selalu kena penyakit pedih ulu hati ni..Berubah sebelum parah..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...