Seorang artis seni yang juga merupakan pakar origami, Sipho Mabona telah membawa seni origami ke satu tahap yang lebih tinggi. Di sini, dia telah berjaya membuat origami gajah dengan saiz sebenar yang berukuran 3 meter (10 kaki) tinggi dan berat sebanyak 250kg (550lbs) yang diperbuat daripada kertas berukuran 15 meter X 15 meter (50 kaki X 50 kaki).
Seni lipatan kertas teragung ini mengambil masa kira-kira 4 minggu untuk disiapkan. Projek seni ini turut mendapat tajaan dari kempen Indiegogo yang berjaya meraih kutipan sebanyak US$26,000. Bantuan kewangan tersebut telah berjaya membantu pasukan berkenaan untuk menyiapkan projek secara berterusan selama sebulan dan telah merakamkan perjalanan projek ini di dalam filem.
Menurut Mabona, dia mula berminat dalam seni melipat kertas ini ketika berusia 5 tahun semasa melipat kapal terbang kertas. Selepas ketandusan idea, dia mula berminat untuk meneroka dunia origami. Sekiranya anda mahu melihat seni yang unik dan menarik ini, anda boleh berkunjung ke Muzium KKLB yang terletak di Beromunster, Switzerland tempat ia dipamerkan.
p/s: Tengok pun tahu, bukan senang nak buat tu..
1 comment:
creative.
http://myartcrafting.blogspot.com
Post a Comment