Jom Singgah Sini =)

Monday 17 March 2014

[Hebat] LaWS: Senjata Laser Gergasi Terbaru & Tercanggih Tentera Laut U.S =D

Bagi anda yang meminati filem Star Wars, tentu anda meminati babak-babak peperangan angkasa yang menggunakan senjata laser secara besar-besaran..Kini, semua itu bukan lagi sebuah fiksyen, malah benar-benar telah berlaku apabila angkatan Tentera Laut U.S memasang sebuah prototaip senjata laser gergasi pada beberapa buah kapal perangnya..Nak tahu apa sebenarnya senjata laser berkenaan, meh usha kat bawah ni..



Tentera Laut U.S mengatakan bahawa prototaip senjata laser yang dikenali sebagai Laser Weapons System (LaWS) telah sedia untuk ditempatkan sebagai sebuah senjata kombat sebenar pada masa hadapan. Secara praktikalnya, ia akan menjadi sebuah kapal perang Star Wars di lautan terbuka.

Ia juga dikatakan mampu menjimatkan kos pembinaan bagi kapal-kapal baru. Senjata laser ini hanya perlu menggunakan tenaga sebanyak 30 kilowatt sehaja dan seorang pengendali untuk mengendalikannya. Menurut pihak Discover Magazine, kos pembinaan senjata tersebut menelan belanja sebanyak US$1.4 juta.



Video:


p/s: Kalau masa hujan atau ribut, rasa-rasa senjata laser ni berfungsi tak? Apa kata korang?

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...