Jom Singgah Sini =)

Wednesday 12 March 2014

[Aneh] Restoran Guo Li Zhuang: Restoran Yang Menyajikan Menu Dari Alat Kelamin Haiwan..

Lazimnya, restoran yang menyajikan juadah dan menu yang menyelerakan dan lazat sering menjadi pilihan para pelanggan yang berkunjung..Namun, sekiranya anda disajikan dengan menu yang berasaskan alat kelamin sahaja, bagaimanakah reaksi anda? Mungkin ada yang berasa geli dan ingin termuntah tetapi ia berbeza dengan citarasa masyarakat di China..Nak tahu kenapa? Meh usha kat bawah ni..


Warga China mempunyai kepercayaan bahawa dengan memakan alat kelamin haiwan, ia dapat meningkatkan prestasi seksual lelaki dan perempuan dewasa. Maka, tidak menghairankan apabila sebuah restoran yang menyajikan menu alat kelamin yang dibuka sejak tahun 2006 di Dongshisitiao, Beijing ini sering dikunjungi orang ramai.

Warga China memang sejak sekian lama terkenal sebagai peminat makanan eksotik, dan amat jelas sekali tujuan restoran ini dibuka adalah untuk mensasarkan kepada golongan ini.

Alat kelamin yang lazim dijadikan menu makanan di restoran yang dinamakan Guo Li Zhuang ini adalah pelbagai seperti alat kelamin kambing, lembu, kuda, kucing, anjing, harimau dan kera. Sekiranya para pelanggan ingin mendapatkan khasiat yang lebih banyak, mereka boleh memesan alat kelamin mentah yang akan disajikan seperti sushi.

Kerana menu makanan yang sangat eksotik, pihak restoran hanya membenarkan orang dewasa saja yang boleh masuk dan memesan segala menu yang disediakan di restoran ini. Remaja yang berusia dibawah 18 tahun dilarang masuk sama sekali apatah lagi memakan makanan-makanan ini kerana dikhuatiri boleh mempengaruhi hormon mereka.

Antara menu yang dipercayai paling istimewa adalah alat kelamin harimau. Oleh itu, sekiranya anda mahu menikmatinya, anda perlu memesan beberapa bulan sebelumnya dan menyediakan wang penyediaan sebanyak US$1,500. Oleh kerana itu, sebahagian besar pengunjung restoran ini adalah dari para pegawai tinggi atau bos-bos di perusahaan-perusahaan besar di China.


p/s: Kalau korang, sanggup tak nak makan? =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...