Jom Singgah Sini =)

Monday 4 November 2013

[Menarik] Sudu Gula Berbentuk Tengkorak, Peringatan Terbaik Untuk Kurangkan Penggunaan Gula =D

Dengan peningkatan harga gula yang diumumkan pihak kerajaan baru-baru ini mungkin memberi impak yang besar kepada kebanyakkan pengguna..Kini, dengan ciptaan sudu seperti ini, kita bukan sahaja mampu menjimatkan penggunaan gula malah mampu menjaga kesihatan tubuh badan..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Gula adalah salah satu bahan pemanis utama dalam makanan harian kita, tetapi penggunaan gula secara berlebihan boleh membawa kepada pelbagai penyakit serius. contohnya diabetes. Sudu gula berbentuk tengkorak yang direka khas oleh Hundred Million merupakan satu lagi projek menarik dari pihak Kickstarter yang dapat mengingatkan mengenai keburukan gula. Sudu yang mempunyai bentuk unik ini akan memastikan bahawa anda mendapat jumlah gula yang lebih kurang berbanding menggunakan sudu yang biasa anda gunakan. Ia juga boleh menjadi hadiah yang sesuai kepada mereka yang sedang berdiet dari makanan manis. Ia dijual pada harga US$ 12.


Bagi anda yang berminat nak dapatkan satu, boleh singgah kat sini - Kickstarter

p/s: Harap-harap boleh membantu menjimatkan penggunaan gula kat rumah korang..Hahaha..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...