Kini, produk terbaru keluaran Lay's iaitu kerepek kentang bersalut coklat sudah pasti akan merubah dunia makanan ringan buat selama-lamanya.
Walaupun kerepek kentang mula mendapat perhatian dari syarikat-syarikat kecil, namun Lay's merupakan syarikat snek terbesar yang mula mengambil langkah secara besar-besaran untuk mengembangkan produk ini. Sebelum ini, pihak Pringles sudah pun memasarkan perasa baru produk kerepek kentang keluaran mereka iaitu White Chocolate Peppermint, Pumpkin Pie Spice dan Cinnamon & Sugar. Walaupun diterima baik oleh pembeli, namun harapan tinggi tetap diletakkan pada produk keluaran Lay's untuk menerima pendekatan yang lebih baik.
Kerepek kentang keluaran terbaru ini akan dijual pada harga US$3.49 setiap paket dan dipasarkan hanya untuk tempoh masa yang terhad iaitu dalam masa cuti Krismas. Sekiranya mendapat sambutan hangat, mereka akan cuba memasarkannya secara tetap.
Video:
p/s: Err..nampak macam sedap, rasa tak tahu la macam mana..
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment