Jom Singgah Sini =)

Saturday 2 November 2013

[Menarik] Bersarapan Pagi Bersama Zirafah Di Kenya =D

Sarapan pagi merupakan hidangan yang penting untuk di ambil sebelum memulakan rutin harian pada setiap hari..Lazimnya, kita sering makan secara berseorangan atau bersama rakan-rakan, namun di Kenya, anda berpeluang untuk menikmati hidangan sarapan pagi anda bersama sekumpulan zirafah..Menarik bukan? Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Sejak tahun 1930-an, Giraffe Manor merupakan salah satu daripada bangunan-bangunan ikonik dalam sejarah Nairobi . Terletak di tanah berkeluasan 140 ekar (57 hektar), ia menjadi tempat perlindungan bagi salah satu subspesies zirafah yang paling terancam di dunia iaitu zirafah Rothschild (Giraffa camelopardalis rothschildi). Bagi pelawat yang berkunjung ke Giraffe Manor, mereka boleh menjangkakan lawatan dari kawanan Zirafah Rothschild yang suka singgah pada waktu pagi dan petang untuk menghidu dan makan beberapa makanan ringan sebelum meneroka kawasan dalam tempat perlindungan mereka.

Pada mulanya, Giraffe Manor merupakan sebuah rumah keluarga yang telah dibeli oleh Jock dan Betty Leslie-Melville, pasangan yang bekerja untuk melindungi spesies Zirafah Rothschild ini yang kini telah menjadi terkenal di seluruh dunia. Usaha mereka menternak dan memperkenalkan semula zirafah ke dalam hutan mempunyai impak yang besar ke atas peningkatan jumlah spesies tersebut. The African Fund for Endangered Wildlife (ditubuhkan oleh Leslie-Melvilles) kini berperanan untuk terus melindungi dan memelihara zirafah Rothschild.

Giraffe Manor terletak di pinggir bandar Lang'ata Nairobi, Kenya. Bangunan ini mempunyai 10 bilik dan boleh menampung sehingga 25 orang tetamu. Antara pelawat terkenal yang pernah berkunjung ke sini ialah Mick Jagger, Walter Cronkite, Johnny Carson, Brooke Shields, Richard Branson dan Ewan McGregor.


p/s: Nampak macam jinak je zirafah-zirafah ni..Comel, comel =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...