Jom Singgah Sini =)

Thursday 22 August 2013

[Gambar] Percaya Atau Tidak - Wanita Cantik Ini Berusia 62 Tahun =D

Lazimnya, wanita yang sudah berusia akan mempunyai raut wajah yang kelihatan berkedut dan tidak secantik dulu..Namun, di China, pelakon cantik ni masih mengekalkan raut wajahnya yang menawan meskipun telah berusia 62 tahun..Sekali pandang, wajahnya masih lagi kelihatan seperti awal 30-an..Nak tahu siapa wanita tersebut, meh usha kat bawah ni..


Liu Xiaoqing (刘晓庆), yang berusia 62 tahun pada 30 Oktober tahun ini merupakan salah seorang pelakon terkenal di China pada tahun 1980-an, sebelum kemudiannya menceburi bidang perniagaan.

Liu dilahirkan di Daerah Fuling di Chongqing, China. Sebelum menjadi pelakon, dia pernah bekerja sebagai buruh ladang, sebelum menjadi alat propaganda untuk Tentera Pembebasan Rakyat China sebagai seorang pelakon pentas untuk Kumpulan Drama Tentera Chengdu.

Dia berlakon dalam banyak filem di China sebelum dia mencapai umur 30-an, dan ini telah menyebabkan di memenangi pelbagai anugerah di festival filem China, dan juga anugerah Pelakon Terbaik ketika itu.

Dalam tahun 1990-an, Liu meninggalkan industri hiburan untuk memberi tumpuan kepada perniagaan beliau, namun dia kembali semula dalam dunia lakonan pada pertengahan tahun 2000 .

Beliau juga baru-baru ini dinobatkan sebagai wanita kedua paling cantik di seluruh dunia pada usia 40-an oleh rancangan TV Jepun.

Liu juga pernah dinamakan sebagai salah seorang daripada ahli perniagaan terkaya China dalam majalah 'Forbes 50' pada tahun 1999.

Pada tahun 2002, dia telah ditangkap atas kesalahan mengelakkan bayaran cukai berkaitan dengan syarikat itu, Beijing Xiaoqing Culture and Arts Company Ltd dan didenda sebanyak 7.1 juta yuan (SGD 1,420,000) dan dipenjarakan selama setahun.

Beberapa tahun lalu, beliau dikatakan telah berkahwin buat kali keempat, kali ini kepada seorang ahli perniagaan China di luar negara yang hanya dikenali sebagai William. 

Terdapat khabar angin bahawa Liu telah menjalani pembedahan plastik, selepas beliau membuat komen dalam satu wawancara bahawa kemajuan dalam bidang sains membuatkan ia mungkin untuk mendapatkan raut wajah yang di ingininya.

Pada tahun 2009, Liu juga pernah memainkan watak seorang gadis berusia 19 tahun di Xu Beihong dalam sebuah biopic mengenai artis veteran China dengan nama yang sama.


p/s: Kalau kata anak dara pun orang percaya =P

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

2 comments:

You Know Me said...

mas sih itu umurnya 62 tahun ?
rada ga percaya sih.. apakah munakin operasi plastik kali ya ? :D

Lolly Lilly said...

yup, rasanya plastic surgery mungkin~
sbb kalau dilihat dgn jelas, mukanya memg nmpak muda, namun kulit pd tangan dan pehanya seperti org tua~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...