Jom Singgah Sini =)

Thursday, 6 June 2013

[Gempar] Rakaman Video Pesawat Drone Jerman Hampir Melanggar Pesawat Penumpang Afghanistan..

Dengan teknologi yang maju pada masa kini, pesawat drone atau Unmanned Aerial Vehicle (UAV) sering digunakan oleh pasukan tentera udara di kebanyakkan negara bagi membantu menjalankan misi yang merbahaya..Namun, entah di mana silapnya, pesawat ini juga hampir menyebabkan lebih 100 nyawa terkorban..Nak tahu sebab apa? Meh usha kat bawah ni..



Sebuah rakaman video daripada daripada sebuah pesawat drone yang hilang kawalan yang hampir merempuh sebuah pesawat penumpang milik Afghanistan yang membawa lebih 100 orang penumpang telah menimbulkan kemarahan orang ramai di Jerman. 

Video tersebut yang dirakam dari sebuah pesawat tanpa pemandu jenis Luna milik Jerman yang ketika itu sedang berada di ruang udara Afghanistan, menunjukkan bahawa ia hampir merempuh kapal terbang tersebut dengan jarak untuk pelanggaran kira-kira dua meter. Ia telah menyebabkan kemarahan di Jerman dalam perbahasan mengenai perintah baru kerajaan untuk pesawat tanpa pemandu.

Menurut Menteri Pertahanan Jerman, Thomas de Maiziere, hal ini kerana pesawat drone berkenaan tidak dilengkapi dengan sistem amaran awal anti-perlanggaran berikutan kosnya yang terlalu tinggi.

Walaubagaimana pun, rakaman sulit tersebut tetap menerima kecaman hebat orang ramai di seluruh Jerman walaupun ia telah berusia 9 tahun lamanya.

Pesawat drone yang mempunyai berat sebanyak 88lbs itu walaubagaimana pun telah terperangkap dalam gelora udara pesawat penumpang tersebut sebelum kehilangan kawalan dan terhempas di Kabul, Afghanistan.

Jurucakap kerajaan Jerman juga berkata kepada AFP, "Kami berharap untuk memilik 16 buah sistem amaran awal anti-perlanggaran untuk dilengkapkan pada pesawat drone model tersebut pada 2016 nanti, iaitu 3 tahun dari sekarang".


Video:

p/s: Perghhh!! Sikit lagi ja tu..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...