Jom Singgah Sini =)

Tuesday, 4 June 2013

[Gambar] Hati-Hati Apabila Membeli Power Bank, Jangan Sampai Tertipu *0*

Power Bank sangat berguna pada hari ini dalam memastikan telefon pintar dan tablet anda tidak kehabisan kuasa di saat anda memerlukannya..Walau bagaimanapun, kita perlu berhati-hati sekiranya mahu membeli Power Bank terutamanya dari sumber yang meragukan bagi mengelakkan daripada terbeli Power Bank palsu..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Ini adalah Power Bank buatan China yang sangat popular dan mendakwa mempunyai kapasiti simpanan kuasa sebanyak 20,000 hingga 30,000 mAh. Mungkin sebahagian dari kita telah pun membelinya.

Dari segi luaran, mungkin tiada apa-apa yang luar biasa mengenai Power Bank ini dan ia mempunyai lampu LED penunjuk kadar kuasa dan port USB. 

Namun, apabila ia dibuka, terdapat 2 karung beg plastik yang berisi pasir, bertujuan bagi menyakinkan pembeli bahawa "berat" Power Bank ini adalah asli.

Walaubagaimana pun, Power Bank ini boleh digunakan seperti biasa berikutan terdapatnya bateri sel kering tunggal (kemungkinan jenis NiCad), namun kadar simpanan kuasa sebenar tidak diketahui dan kemungkinan ia kurang dari kadar kuasa yang dipamerkan. Oleh itu, sentiasa berhati-hati dalam membeli Power Bank agar tidak tertipu.


p/s: Jangan terpedaya dengan Power Bank berharga murah..Kalau boleh, periksa betul-betul sebelum beli..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *


1 comment:

Tinta Asyraf said...

Salam tn...apalah sudi kiranya tn listkan blog sy di dlm bloglist tuan. Jasa tuan, sy dahulukan dgn jutaan trm kasih..

Yg Benar,

Tinta Asyraf
www.tintaasyraf.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...