Jom Singgah Sini =)

Wednesday, 8 May 2013

[Hebat] SOS Parachute: Payung Terjun Yang Mampu Menyelamatkan Pekerja Di Bangunan Tinggi =D

Bagi mereka yang bekerja di bangunan pejabat yang tinggi, kejadian seperti kebakaran, gempa bumi dan serangan pengganas mungkin menjadi satu senario yang sangat menakutkan..Namun kini, sistem keselamatan pada bangunan tinggi bagi menyelamatkan nyawa manusia dengan pantas telah mula menjadi semakin baik dengan ada nya sistem keselamatan terbaru iaitu "SOS Parachute"..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Para pekerja yang bertugas di bangunan pejabat tinggi tidak lama lagi akan mempunyai kaedah baru untuk menyelamatkan diri selain menggunakan tangga kecemasan sekiranya berlaku kebakaran atau bencana iaitu dengan SOS Parachute.

Penciptanya, Morris Shahbazi berkata bahawa payung terjun ini mampu terbuka sepenuhnya pada ketinggian 100 kaki, jauh lebih cepat daripada payung terjun konvensional.

Beliau berharap tidak lama lagi payung terjun ini akan menjadi salah satu alat keselamatan biasa yang boleh didapati dalam bangunan pejabat tinggi di seluruh dunia.

Menurut Morris lagi, beliau telah menghabiskan masa selama 12 tahun bagi menyiapkan projek "SOS Parachute" dan usahanya disokong oleh beberapa pihak apabila berlakunya kejadian 11/9 yang memusnahkan bangunan World Trade Center dan menyebabkan ramai orang awam terutamanya pekerja pejabat terbunuh.

Syarikat beliau yang ber ibu pejabat di Panama kini telah membuka pejabat cawangannya di Dubai. Amerika Syarikat dan Singapura malah cawangannya yang beroperasi di London akan dibuka tidak lama lagi.

Produk tersebut diterangkan sebagai sebuah "sistem pemindahan tinggi"


Video:

p/s: Woahh!! Menarik jugak ni =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...