Jom Singgah Sini =)

Sunday 12 May 2013

[Unik] Golden Book Gown: Gaun Yang Diperbuat Daripada Buku Cerita Dongeng Kanak-Kanak =D

Semasa zaman kanak-kanak, kita sering diperdengarkan dengan karya cerita-cerita dongeng   seperti Beauty & The Beast, Cinderella, Snow White dan lain-lain lagi sambil berkhayal yang kita turut menjadi sebahagian daripada cerita tersebut. Namun, bagaimana rasanya sekiranya koleksi cerita-cerita dongeng tersebut menjadi sebuah gaun yang boleh dipakai? Mesti nampak menarik bukan..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Dalam sebuah acara bertajuk "Re-create" yang taja khas oleh Oakland's Public Works Department yang disempurnakan di Muzium Seni Kanak-Kanak, sebuah gaun unik dan cantik karya Ryan Jude Novelline yang diperbuat daripada koleksi buku cerita dongeng kanak-kanak telah dipamerkan. Gaun ini dinamakan "Golden Book Gown" dan diperbuat daripada buku cerita dongeng terbitan tahun 1940-an yang dahulunya berharga 25 sen setiap satu.

Ryan Jude yang mengikuti pameran tersebut terpaksa mencari bahan yang sesuai untuk membuat gaun berkenaan kerana bahan yang terdiri daripada kain tidak dibenarkan. Pada mulanya, Ryan bercadang untuk menggunakan bahan dari kertas boneka, namun ibunya menyarankan agar dia menggunakan bahan dari buku cerita klasik, Little Golden Books. Maka, bermula lah pembuatan gaun yang dianggap sebagai satu fenomena ini.

Bagi mendapatkan bahan seperti buku cerita dongeng klasik tersebut, Ryan terpaksa membeli buku antik cerita dongeng tersebut di kedai-kedai buku dalam jumlah yang banyak. Dia menjahit empat halaman pertama bagi menguji ketahanan kertasnya apabila dijahit. Gaun itu hasilnya menjadi cukup berat dan besar.

Golden Book Gown merupakan salah satu hasil karya Novelline yang paling cantik dan menjadi batu tanda baginya. Gaun ini termasuk dalam kategori gaun yang diperbuat tanpa menggunakan bahan asal yang selalu digunakan, namun memiliki bentuk yang cantik dan tidak kelihatan aneh seperti gaun-gaun unik yang lain.


p/s: Gaun ni umpama impian kanak-kanak yang jadi kenyataan =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...