Jom Singgah Sini =)

Wednesday, 29 May 2013

[Hebat] Grid 2 Mono Edition: Permainan Video Edisi Terhad Termahal Di Dunia =D

Permainan video sememangnya mempunyai peminatnya yang tersendiri tambahan pula jika permainan tersebut merupakan edisi terhad..Sudah pasti ramai yang sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi semata-mata mahu menjadi orang pertama yang memilikinya..Itu lah konsep yang diguna pakai oleh pengeluar permainan video "Grid 2 Mono Edition" yang kini menjadi pengeluar permainan video edisi terhad termahal di dunia..Nak tahu berapa nilai permainan video tersebut, meh usha kat bawah ni..


Permainan video edisi khas yang lain lazimnya hanya berharga sekitar USD$100-200 sahaja paling tinggi. Namun, pencipta permainan video Grid 2 iaitu Codemasters telah membuat keputusan bukan sahaja untuk mengalahkan angka itu, tetapi untuk mencatatkan ia dalam rekod dunia pada bila-bila masa tidak lama lagi. Permainan video Grid 2 "Mono Edition," akan dijual pada harga USD$190,000 bagi seorang individu sahaja.

Jadi, apa keistimewaan yang anda akan dapat untuk tag harga yang boleh membeli sebuah rumah ini? Edisi ini termasuk permainan dengan pembungkusan khas iaitu PlayStation 3, sebuah kereta super BAC yang dihiasi khas dengan corak permainan video Grid 2, dan set lengkap peralatan perlumbaan berjenama Grid 2 dan BAC termasuk topi keledar, sut lumba, but, dan sarung tangan - sudah tentu, ini semua akan disesuaikan dengan saiz badan anda sebagai pembeli. Anda juga akan mendapat pengalaman satu hari melawat ke kilang BAC, termasuk lawatan dan pertemuan khas dengan juruteknik handalan bagi menyesuaikan kereta lumba dengan cara anda sendiri. Jadi, pada asasnya, anda telah membeli sebuah kereta yang termasuk dalam pakej permainan video perlumbaan ini.

Atas sebab-sebab yang jelas ini, ia telah memberi kemenangan bagi pihak Codemasters dalam Guinness World Record bagi kategori paling spesifik iaitu, "Permainan Video Paling Mahal Tersedia Secara Komersial - Edisi Khas". Rekod itu telah disenarai pendek untuk penempatan seterusnya dalam "Guinness World Record Gamer's Edition" selepas ini.

Edisi Mono ini boleh didapati untuk pra pesanan, tetapi laman web itu mendakwa mereka kini telah kehabisan stok. Sama ada itu adalah satu kesilapan, atau telah ada seseorang yang sudah membelinya. Ini hanya membawa satu makna bahawa di luar sana, di suatu tempat, adanya seorang insan yang hanya memerlukan kurang daripada 24 jam masa untuk berfikir bagi mengeluarkan belanja sebesar USD$200,000 dan itu sangat menakjubkan.


Bagi mereka yang berminat dan ingin membeli Edisi Terhad permainan video ni, boleh la singgah kat sini - GRID 2: Pre-Order

p/s: Game tu kalau tak murah je, kereta tu yang buat mahal..Hehehe..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...