Jom Singgah Sini =)

Wednesday, 29 May 2013

[Gambar] Koloss von Prora: Hotel Yang Dibina Pihak Nazi Jerman Terbesar Di Dunia =D

Menginap di pusat perhotelan yang terletak di tepi pantai yang indah sememangnya memberi pengalaman bercuti yang menyeronokkan..Itu lah yang telah dilakukan oleh pihak Nazi Jerman bagi memberikan pakej pelancongan yang hebat dan menarik buat pelancong luar negara yang berkunjung ke negara itu sebelum berlakunya Perang Dunia Ke-2..Walaupun terkenal sebagai hotel tepi pantai yang terbesar di dunia, hotel tersebut tidak pernah menerima walau seorang tetamu pun..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Menganjur lebih daripada 4 km di sepanjang pantai berpasir di Laut Baltik, terletak nya sebuah pulau milik Jerman iaitu Pulau Rügen yang mempunyai hotel yang terbesar di dunia. Hotel itu terdapat 10,000 buah bilik dengan tingkap yang menghadap ke arah laut. Walau bagaimanapun, 70 tahun dari masa pembinaannya, hotel ini tidak pernah disentuh oleh para pelancong. Hotel ini dipanggil "Prora", iaitu sebuah bangunan besar yang telah dibina dalam tempoh tahun 1936-1939 oleh pihak Nazi sebagai sebahagian daripada konsep Reich, "strength through joy." Tujuan hotel ini dibina adalah untuk memberikan masa lapang kepada pekerja Jerman dan menyebarkan propaganda Nazi. Penduduk tempatan memanggil hotel ini sebagai  "Colossus" kerana saiznya yang sangat besar.

Pada 2 Mei 1936 di Prora, di pantai timur pulau yang terbesar di Jerman iaitu Pulau Rugen yang terletak di Laut Baltik, batu asas yang pertama telah diletakkan dan dikenali sebagai hotel «Koloss von Prora» - sebuah projek terbesar di negara tersebut pada masa itu.

Dalam pertandingan untuk reka bentuk hotel tersebut yang telah dijalankan pada awal tahun 1936, ia telah dihadiri oleh 11 orang arkitek. Menurut keputusan pertandingan, reka bentuk arkitek Clemens Klotz telah dipilih. Sebaliknya, sebuah dewan untuk kegunaan majlis-majlis perayaan serta sebahagian daripada infrastruktur yang kompleks ini telah direka oleh arkitek berasingan iaitu Erich Putlitz.

Bagi membina hotel ini, tenaga seramai 9,000 pekerja yelah digunakan dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Pihak Nazi mempunyai rancangan untuk membina empat lagi hotel seperti itu dengan dilengkapi pawagam, dewan konsert, kolam renang dan marina, di mana mereka boleh melabuhkan kapal-kapal pelayaran milik persendirian.

Rancangan Hitler untuk pembinaan "Prora" adalah sangat bercita-cita tinggi. Dia mahu mewujudkan satu hotel tepi laut yang hebat, paling menarik dan terbesar di dunia, yang akan mempunyai 20,000 buah bilik. Ia turut dirancang mempunyai tingkap bilik yang akan menghadap ke arah laut, manakala lorong dan bilik mandi akan ditempatkan pada sebelah kiri bangunan. Setiap bilik adalah berkeluasan 5 x 2.5 m,dan dilengkapi dengan dua katil, almari pakaian dan sinki. Pada setiap tingkat terdapat tandas, bilik mandi dan sebuah dewan yang luas. Arkitek juga turut merancang untuk mengubah bangunan yang besar itu agar boleh ditukar menjadi sebuah hospital tentera sekiranya berlaku peperangan.

Apabila peperangan meletus, bangunan tersebut masih belum sedia untuk digunakan, dan keutamaan Hitler telah berubah. Semua pekerja telah dihantar ke gudang senjata. Sepanjang tempoh kempen ini, pengeboman gabungan anti-Hitler telah menyebabkan ramai penduduk Hamburg mengambil perlindungan dalam salah satu unit bangunan ini di mana ia kemudiannya menjadi penempatan pelarian dari Jerman Timur.

Pada hari-hari akhir peperangan, bangunan-bangunan ini telah menempatkan kakitangan wanita dari BBC. Selepas perang tamat, "Prora" telah digunakan sebagai pos tentera untuk Tentera Darat Jerman GDR. Selepas tahun 1990, hotel yang digunakan sebagai sekolah teknikal tentera itu kemudiannya menempatkan pelarian dari kawasan Balkan.

Hari ini, hotel tersebut hampir tidak pernah digunakan. Pada tahun 2001, satu unit bangunan telah bertukar menjadi asrama belia dengan 400 tempat duduk. Kini, pihak kerajaan merancang untuk membaik pulih semula "Prora" untuk menjadi sebuah resort moden dengan 300 buah katil, yang akan mempunyai gelanggang tenis dan kolam renang, serta pusat membeli-belah yang kecil.


p/s: Rugi kalau bangunan besar macam ni disia-sia kan, kan elok dibaik pulih =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...