Jom Singgah Sini =)

Tuesday, 28 May 2013

[Gambar] Hukuman Yang Dikenakan Kepada Penjenayah Bawah Umur 150 Tahun Lalu =D

Seperti yang kita tahu, hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah dewasa amat berat berbanding hukuman yang dikenakan kepada penjenayah bawah umur (juvenil)..Walaubagaimana pun, hukuman tersebut mungkin kelihatan berbeza jika dibandingkan dengan hukuman pada 150 tahun yang lalu..Kalau nak tahu apa jenis hukuman yang dikenakan kepada mereka, meh usha kat bawah ni..

1. Henry Miller, 14 tahun telah dituduh mencuri pakaian dan dikenakan hukuman 14 hari kerja berat.

2. Mary Catherine Doherty dijatuhi hukuman tujuh hari kerja berat selepas dia dituduh mencuri besi. Hukuman yang sama turut dikenakan ke atas rakan sejenayah beliau - Hinnigan Mary Ellen Woodman dan Rosanna Watson. 

3. Henry Leonard Stephenson yang berusia 12 tahun telah ditangkap atas tuduhan melakukan pencerobohan ke dalam rumah-rumah milik persendirian. Beliau dijatuhi hukuman dua bulan penjara. 


4. Selepas mencuri sehelai vest, Ann Burns telah dihukum sebulan penjara. Beliau berumur 18 tahun ketika itu.


5. Katherine Kelly, 17 tahun telah didapati bersalah kerana mencuri linen katil, yang mana beliau menerima hukuman penjara selama tiga bulan. 


6. Tukang kayu, David Barron yang berusia 19 tahun telah ditangkap dan dijatuhi hukuman 6 bulan penjara kerana mencuri arak.


7. Michael Clement Fisher berusia 13 tahun telah ditangkap dan dihukum dua bulan penjara kerana kesalahan menceroboh ke dalam sebuah rumah. 


8. Robert Charlton telah dihukum penjara selama empat bulan kerana mencuri sepasang kasut. 


9. Pembantu chef, James yang berusia 13 tahun telah dijatuhi hukuman dua minggu kerja berat kerana kesalahan mencuri pakaian. Selepas hukuman tersebut, beliau telah dihantar ke sekolah pemulihan selama tiga tahun. 


10. Margaret Koch yang berusia 15 tahun telah didapati bersalah mencuri kot. Memandangkan bahawa ini adalah kesalahan pertama, dia dijatuhi hukuman kerja berat selama dua bulan. 


11. John Park didapati bersalah kerana mencuri biola. Memandangkan dia tidak ditangkap akibat kekurangan bukti, beliau telah dijatuhi hukuman kerja keras selama 1 bulan. 


12. Richard Rammington yang berusia 15 tahun telah didapati bersalah mencuri tiub keluar dari kedai dan terpaksa dihukum kerja berat selama 14 hari, tetapi ibu bapanya telah membayar pampasan bagi kerugian tersebut, dan budak itu dibebaskan. 


13. Jane Farrell yang berusia 12 tahun telah didapato bersalah mencuri sepasang kasut, yang mana beliau telah dijatuhi hukuman selama 10 hari kerja berat. 


p/s: Rasa-rasa, hukuman untuk pesalah juvenil dulu dengan sekarang, mana lagi berat? =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

1 comment:

Hideossle said...

impressive. patutla org dulu lg bertamadun drpd zaman skrg. budak2 jahat makin diringan2kan, makin kurang ajar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...