Jom Singgah Sini =)

Thursday 30 May 2013

[Gambar] The SpareOne: Telefon Kecemasan Mudah Alih Tahan Lasak =D

Bagi kebanyakkan telefon mudah alih yang dijual di pasaran, ia sudah dilengkapi dengan mode talian kecemasan yang membolehkan pengguna terus menghubungi pihak berkuasa dalam apa jua keadaan..Walaubagaimana pun, dengan teknologi yang sedia ada, sebuah telefon khusus untuk talian kecemasan telah dicipta dan dikenali sebagai "The SpareOne"..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah  ni..


The SpareOne Emergency Phone dilengkapi dengan semua ciri-ciri yang anda perlukan untuk sebuah telefon kecemasan mudah alih. Ia berfungsi walaupun tanpa mempunyai kad SIM dan mempunyai satu sentuhan, butang kecemasan yang besar untuk mendail nombor kecemasan (911, dan lain-lain). The SpareOne dikuasakan oleh sebuah bateri besaiz AA yang mampu memberikan anda sehingga 10 jam masa bercakap dan mampu bertahan sehingga 15 tahun dalam keadaan bersiap sedia jika anda tidak menggunakannya. Ia juga mampu bertahan dan beroperasi dalam pelbagai keadaan cuaca ekstrem, mempunyai lampu suluh LED serta beg kalis air yang mampu terapung dan tidak tenggelam. Telefon ini penting sebagai peralatan untuk mereka yang gemar mengembara, atau dalam kes bencana alam, ia mampu menyediakan anda nadi komunikasi apabila segala-galanya sudah musnah.



p/s: Dalam telefon biasa pun jarang pakai talian kecemasan ni..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...