Jom Singgah Sini =)

Monday, 11 March 2013

[Gambar] Pelancaran Telefon Pintar, Sony Xperia Z Hadir Dengan Model Sedang Mandi *0*

Model-model yang seksi dan menawan sememangnya memainkan peranan yang penting dalam menarik minat bakal pembeli terhadap produk yang baru dikleuarkan..Hal yang sama turut berlaku semasa pelancaran model telefon pintar terbaru dari Sony iaitu Xperia Z yang menggunakan para model yang kelihatan seperti sedang mandi..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Terdapat sesuatu yang menarik semasa pelancaran Sony Xperia Z di Republik Chezko. Telefon pintar yang memiliki ciri-ciri hebat seperti kalis air ini diperkenalkan kepada umum dengan cara yang cukup unik. 

Operator telefon, T-Mobile memberikan sajian terbaru dalam pelancaran Sony Xperia Z di Republik Chezko. Telefon pintar yang dikenali dengan memiliki ciri hebat seperti kalis air ini dilancarkan melalui model yang sedang mandi. 

Seperti dikutip AndroidAuthority, model cantik yang hanya mengenakan bikini merah muda ini di lihat mandi di bawah pancuran air sambil menelefon dan bergaya dengan menggunakan Sony Xperia Z. 

Selain menampilkan model seksi berbikini, T-Mobile juga menampilkan model lelaki yang juga di lihat sedang mandi dengan menggunakan Sony Xperia Z. Inilah cara paling unik dari operator telefon dalam memperkenalkan produk jualannya. 

Xperia Z merupakan produk terbaru dari Sony. Telefon pintar yang memiliki ciri utama kalis air dan kalis debu ini di perbuat dengan menggunakan bahan yang mudah dibentuk dan tahan lasak.. 

Sony Xperia Z memiliki skrin layar sesentuh berukuran lima inci dengan penampilan penuh video HD yang disematkan bersama teknologi Mobile Bravia Engine 2. 

Untuk bahagian pemacunya, Xperia Z menggunakan prossesor Snapdragon S4 dual-core 1,5GHz dengan RAM sebesar 2GB. Perangkat yang berjalan dengan sistem operasi Android 4.1 ini juga dilengkapi kamera utama beresolusi 13 megapiksel.


p/s: Macam mana? Rasa-rasa ada yang berminat tak nak angkat satu? =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...