Jom Singgah Sini =)

Monday, 11 March 2013

[Hebat] Pelajar Sekolah Tinggi Indonesia Cipta Penyegar Udara Daripada Tahi Lembu..

Seperti yang kita sedia maklum, tahi merupakan bahan kumuh yang dibuang oleh badan yang mempunyai bau yang amat busuk..Namun, di Indonesia, dua orang pelajar di sana telah menggunakan tahi lembu sebagai bahan untuk penyegar udara..Pasti ada yang tertanya-tanya, bagaimana sesuatu bahan yang busuk boleh menjadi bahan utama penyegar udara..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Dua pelajar Sekolah Tinggi Indonesia, Dwi Nailul Izzah dan Rintya Aprianti Miki memenangi hadiah pertama dalam Projek Sains Olympiad negara hasil ciptaan mereka membuat penyegar udara daripada najis lembu yang mesra alam.

Penyegar udara itu dikatakan mempunyai wangian herba semulajadi dan baik untuk kesihatan manusia kerana penyegar udara ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya seperti produk penyegar udara lain di pasaran.

Pelajar tersebut mengutip tahi lembu dari ladang lembu di Rempit Kabupaten Jawa Timur dan membiarkan tahi lembu itu menapai selama tiga hari. Mereka kemudiannya mengekstrak air dari tahi lembu yang dicampur dengan air kelapa. 

Cecair tersebut disuling untuk mengeluarkan segala kekotoran. Akhirnya produk penyegar udara terhasil daripada cecair dengan aroma herba semulajadi daripada makanan lembu dihadamkan.

Dua pelajar ini akan mewakili Indonesia ke The International Environment Project Olympiad race (INEPO)' di Istanbul'.




Sumber: OrangMuo

p/s: Ada ke yang sanggup nak guna? Hehehe

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...