Restoran merupakan tempat yang sesuai untuk menikmati pelbagai jenis menu makanan yang boleh memenuhi selera..Namun, bagi sebuah restoran di Jepun, menu makanan yang disediakan adalah terdiri daripada tanah..Kalau nak tahu macam mana rupa makanan tersebut, meh usha kat bawah ni..
Restoran yang diberi nama Ne Quittez Pas itu biasanya menyajikan pelbagai jenis menu makanan laut ala Perancis, namun semenjak 8 tahun terakhir ini, para pengunjung mula dihidangkan dengan beberapa jenis menu yang diperbuat daripada bahan yang lain daripada kebiasaannya, iaitu tanah.
Beberapa contoh menu yang boleh dicuba diantaranya adalah "sup tanah yang disajikan dengan truffle bertanah", "sorbet tanah", dan menu yang menjadi kegemaran restoran tersebut iaitu, "kejutan tanah", yang terdiri daripada bola kentang diselimuti tanah yang didalamnya berisi truffle.
Tukang masak dan pemilik restoran itu, Toshio Tanabe, mempunyai alasan khusus mengapa beliau menyajikan menu-menu tersebut iaitu "Manusia tidak menciptakan lautan, udara atau tanah. Semuanya adalah sebahagian dari alam, dan semuanya hidup dalam pengertiannya masing-masing," kata Tanabe secara puitis.
Sebelum menjadi bahan yang boleh dimakan, tanah yang digunakan akan dimasak sedikit terlebih dahulu dan diletakkan ke dalam sebuah penapis agar pasir-pasirnya hilang.
Video:
p/s: Entah apa la rasa makanan tu pun tak tahu la..
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment