Jom Singgah Sini =)

Wednesday, 13 February 2013

[Gambar] Tasik Turkana: Tasik Terbesar Di Padang Pasir =D

Seperti yang diketahui umum, ekologi sebuah padang pasir mempunyai keadaan suhu panas dan kering kontang yang paling ekstrem di dunia..Air merupakan bahan yang paling berharga di sana dan ia agak sukar untuk ditemui..Namun, di sebuah kawasan kering di Kenya, terdapatnya sumber air yang terbesar terletak di padang pasir di sana dikenali sebagai Tasik Turkana..Nak tahu betapa besarnya tasik tersebut, meh usha kat bawah ni..


Berada di tepi Tasik Turkana atau lebih dikenali sebagai Tasik Rudolf mungkin anda rasa bagaikan berada di tepi pantai, sempurna dengan keadaan pantai yang berpasir, angin kencang dan bot-bot nelayan berada berdekatan. Namun, ia sebenarnya merupakan tasik alkali padang pasir terbesar di dunia yang meliputi kawasan seluas lebih 6000 kilometer persegi. Penduduk tempatan menggelarnya tasik ini sebagai "Laut Jade" kerana airnya yang berwarna biru kehijauan.


p/s: Sekali pandang, memang nampak macam laut..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...