Jom Singgah Sini =)

Tuesday, 12 February 2013

[Gambar] Lebuhraya Lena: Lebuhraya Paling Teruk Di Rusia *0*

Lebuhraya yang berada dalam keadaan yang baik dan sempurna mampu memberi keselesaan dan menjimatkan masa pengguna di jalan raya..Namun, sebuah lebuhraya di Rusia yang turut digelar 'Lebuhraya Neraka' menjadi terkenal di kalangan pengguna di sana berikutan keadaan jalannya yang berlumpur dan sukar untuk dilalui..Nak tahu betapa teruknya keadaan jalanraya tersebut, meh usha kat bawah ni..


Lebuhraya M56 Lena atau Lebuhraya Amur-Yakutsk merupakan sebuah lebuhraya persekutuan yang terletak di Republik Sakha (Yakutia), Rusia yang menghubungkan Yakutsk dengan bahagian selatan. Lebuhraya ini mendapat namanya dari sebatang sungai iaitu Sungai Lena yang terletak di bahagian selatan Siberia. 

Lebuhraya sepanjang 1,212 kilometer ini telah dibina secara berperingkat antara tahun 1925 hingga 1964. Walaupun ia merupakan lebuhraya persekutuan, ia hanyalah sebuah jalan raya yang terdiri dari jalan tanah.

Apabila musim sejuk, ia akan menjadi sebuah jalan raya yang baik dan had laju yang diberikan adalah 70 kilometer sejam. Walaubagaimana pun, pada musim panas dengan kadar penurunan hujan yang kerap, jalan raya ini akan bertukar menjadi sebuah jalan lumpur yang mampu menyekat sebarang pergerakan kenderaan dari yang kecil dan yang besar.


p/s: Perghhhh! Nampak seksa gila nak jalan pun..




4 comments:

Carlos Santiago said...

dh tau jln mcm shit...msih lalu.

#BANkami

shuttet said...

itu la masalah nya..hahaha

::MaEstrO aMaD:: said...

dasyat toii. awat p lalu jugak..haduih

shuttet said...

kalau ikut info, jalan yang diorang lalu tu kira macam jalan shortcut la sebab kalau ikut jalan utama, diorang kena beratur plak tunggu feri..tapi diorang tak tahu, condition jalan shotcut yang diorang guna tu bergantung pada cuaca..kalau waktu panas ok la bley lalu elok, kalo mai time waktu hujan, sendiri ingat la..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...