Jom Singgah Sini =)

Tuesday, 12 February 2013

[Terkini] Kajian Terbaru Menunjukkan Kemalangan Akibat Mencukur Bulu Kemaluan Meningkat =D

Tidak dinafikan ramai lelaki dan wanita seringkali melakukan penjagaan rapi untuk bahagian sensitifnya..Salah satunya ialah dengan mencukur bulu kemaluan..Umumnya, mereka mencukur bulu kemaluan bagi menghindari bau yang kurang menyenangkan..Namun, ternyata bukan sedikit orang yang mencukur bulu kemaluannya sehingga menyebabkan kecederaan..Nak tahu ini fakta atau auta, meh baca kat bawah ni..


Sebuah kajian menunjukkan jumlah kemalangan bagi orang yang sering mencukur bulu kemaluan ini meningkat sebanyak lima kali ganda. Kaji selidik yang dijalankan di San Diego ini menunjukkan kecelakaan tersebut berlaku ketika mencukur dan membersih di bahagian sulit tersebut.

Seperti yang dilaporkan NyDailyNews, di Amerika sahaja terdapat sekitar 12,000 orang yang dirawat di Unit Kecemasan akibat kemalangan ketika mencukur bulu kemaluan dalam beberapa tahun terakhir ini. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari University of California, San Diego ini mencatat peningkatan tersebut dari tahun 2002 hingga tahun 2010 sebanyak 11,704 orang yang dirawat di Unit Kecemasan, setelah mencukur dalam bentuk lainnya. Perbandingan antara lelaki dan wanita juga tidak begitu jauh, wanita (56.7%) dan lelaki (43.3%).

Kajian ini juga mencatatkan bahawa 83% dari kecederaan tersebut diakibatkan oleh pisau cukur tangan, diikuti oleh gunting sebanyak 22% dan lilin panas 1.4%. Cedera akibat laser adalah cedera yang paling umum, tapi cedera yang dialami tidak parah seperti yang lainnya. 

Menurut penyelidik lagi, hampir 29% cedera yang dialami oleh golongan wanita ini terjadi pada remaja perempuan yang berusia kurang dari 18 tahun. “Cita-cita awal adalah untuk memenuhi keinginan untuk menjaga keindahan pada tubuh seseorang bagaikan sudah menjadi suatu budaya,” tulis para penyelidik. 

Penyelidik memberikan tips bagi anda yang ingin mencukur bulu kemaluan agar perhatikan dengan baik dimana meletakkan pisau cukur itu dan jangan sesekali mencukur sekiranya anda berada di bawah pengaruh ubat-ubatan atau alkohol. 

Sumber: NyDailyNews

p/s: Kenapa bilangan perempuan lagi ramai yang cedera dari lelaki? Hehehe =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...