Jom Singgah Sini =)

Monday 11 February 2013

[Kontroversi] Permainan Kerjaya Merompak Bank Untuk Kanak-Kanak *0*

Bagi setiap ibu bapa, merancang minat dan kerjaya anak-anak pada masa depan bermula dengan membeli permainan yang berorientasikan pekerjaan..Namun, sebuah permainan kerjaya iaitu PlayMobil telah menimbulkan kontroversi di kalangan ibu bapa berikutan menjadikan rompakan bank sebagai satu pekerjaan..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Kit permainan ini datang dengan semua bahagian yang diperlukan untuk merancang sebuah 'rompakan' bank yang sempurna iaitu dengan figura seorang wanita memakai cermin mata gelap memegang sepucuk pistol dan pemutar skru, figura seorang pengurus bank yang diancam, ketulan-ketulan berupa jongkong emas, wang tunai dan sebuah mesin ATM.

Permainan ini telah menimbulkan kontroversi di kalangan ibu bapa dan menganggapnya akan menggalakkan anak-anak untum 'membayangkan dan mencipta' situasi rompakan yang sebenar.

Permainan ini dijual pada kanak-kanak yang berumur 4 ke 10 tahun dengan harga sebanyak $72.00 (£39.99) dan dijual di Toy R' Us. - DailyMail


p/s: Seolah-olah jenayah tu satu "kerjaya" pulak =,='

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...