Jom Singgah Sini =)

Wednesday 6 February 2013

[Hebat] Qaher 313: Pesawat Stealth Terbaru Ciptaan Iran *0*

Iran, sebuah negara Islam yang ditakuti dan sering dikecam dunia Barat telah berjaya mencipta pesawat pejuang 'stealth' terbaru mereka yang digelar Qaher 313..Nak tengok apa rupa pesawat terbaru tu, meh usha kat bawah ni..



Iran telah melancarkan sebuah pesawat pejuang stealth yang dinamakan "Qaher 313". Prototaip pesawat ini telah dipersembahkan di hadapan Presiden Mahmoud Ahmadinejad dan dipertontonkan kepada awam dalam satu upacara 'Ten-Day Dawn', iaitu sebuah upacara untuk memperingati kemenangan Revolusi Islam pada tahun 1979. Rekaan pesawat terbari Iran ini tidak pernah lagi dilihat oleh mana-mana negara lain.

Menteri Pertahanan Iran, Brigadier Jeneral Ahmad Vahidi berkata, "Pesawat tersebut akan kelihatan berbeza dengan pesawat Iran lain yang pernah dikeluarkan sebelum ini". Berdasarkan laporan dan gambar-gambar yang dikeluarkan agensi Berita Fars, jet stealth terbaru ini benar-benar mempunyai rekaan yang pelik. Ia mempunyai rupa yang seakan-akan pesawat pejuang Amerika Syarikat, F-22 dan F-35 Lightning II dan merupakan perintis dalam sebuah pesawat kecil.


Video:

p/s: Walaupun menerima pelbagai sekatan dan kecaman dari pihak Barat, negara Islam ini tetap menyerlah dengan pembangunan teknologi ketenteraan terbaru..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

2 comments:

Unknown said...

iran ni tak tau nk ckp mcmna la..negara Islam,tp fahaman syiah...conspirator byk yg ckp iran ni cuma wayang je ngan US n israel...walhal sekutu rapat...Wallahualam

shuttet said...

walaupun berfahaman Syiah, tapi aku suka tgok cara diorang bangunkan teknologi diorang sendiri tanpa mengharapkan bantuan negara asing..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...