Iran telah melancarkan sebuah pesawat pejuang stealth yang dinamakan "Qaher 313". Prototaip pesawat ini telah dipersembahkan di hadapan Presiden Mahmoud Ahmadinejad dan dipertontonkan kepada awam dalam satu upacara 'Ten-Day Dawn', iaitu sebuah upacara untuk memperingati kemenangan Revolusi Islam pada tahun 1979. Rekaan pesawat terbari Iran ini tidak pernah lagi dilihat oleh mana-mana negara lain.
Menteri Pertahanan Iran, Brigadier Jeneral Ahmad Vahidi berkata, "Pesawat tersebut akan kelihatan berbeza dengan pesawat Iran lain yang pernah dikeluarkan sebelum ini". Berdasarkan laporan dan gambar-gambar yang dikeluarkan agensi Berita Fars, jet stealth terbaru ini benar-benar mempunyai rekaan yang pelik. Ia mempunyai rupa yang seakan-akan pesawat pejuang Amerika Syarikat, F-22 dan F-35 Lightning II dan merupakan perintis dalam sebuah pesawat kecil.
Video:
p/s: Walaupun menerima pelbagai sekatan dan kecaman dari pihak Barat, negara Islam ini tetap menyerlah dengan pembangunan teknologi ketenteraan terbaru..
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
2 comments:
iran ni tak tau nk ckp mcmna la..negara Islam,tp fahaman syiah...conspirator byk yg ckp iran ni cuma wayang je ngan US n israel...walhal sekutu rapat...Wallahualam
walaupun berfahaman Syiah, tapi aku suka tgok cara diorang bangunkan teknologi diorang sendiri tanpa mengharapkan bantuan negara asing..
Post a Comment