Jom Singgah Sini =)

Saturday, 9 February 2013

Donald Trump Difitnah, Berasal Daripada Keturunan Orang Utan =D

Orang utan mungkin merupakan spesies primat yang mempunyai ciri fizikal yang hampir sama dengan manusia dan pernah dikaitkan sebagai 'nenek moyang' manusia oleh Charles Darwin seabad yang lalu..Namun, mengatakan seseorang itu berasal daripada keturunan orang utan seperti yang berlaku kepada Donald Trump, jutawan hartanah terkenal di dunia sememangnya amat melampau..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..



NEW YORK – Jutawan Donald Trump naik berang apabila dirinya dihina dan difitnah oleh seorang pelawak, Bill Maher. Maher menyatakan Trump berasal daripada keturunan orang utan. 

Trump secara langsung mengambil tindakan menyaman Maher untuk membayar ganti rugi sebesar tiga juta poundsterling. Trump menuduh Maher telah mencemarkan nama baiknya. 

Kejadian itu berlaku ketika Maher mengatakan, kepada pengacara televisyen, Jay Leno bahawa dia akan menyumbangkan wangnya sebanyak USD5 Juta untuk amal jika Trump menyerahkan sijil kelahiran yang menyatakan Trump bukan dari keturunan orang utan. 

Lawak ini sama seperti yang dilakukan oleh Trump ketika meminta sijil kelahiran Presiden Barack Obama, dan berjanji akan menyumbangkan wangnya untuk amal. 

Merasa nama baiknya telah tercemar, maka Trump membawa kes ini ke mahkamah. Salah seorang peguam Trump mengatakan kliennya adalah keturunan dari manusia, bukan orang utan seperti didakwa. 

"Dari dokumen ini jelas menunjukkan salinan sijil kelahiran Trump, menunjukkan bahawa dia adalah anak lelaki kepada Fred Trump, bukan dari orang utan," ungkapnya, seperti dilapor akhbar Orange, Jumat (8/2/2013). 

Trump sudah membuktikan sekiranya dia masih keturunan manusia, maka dia menuntut janji dari Maher yang akan menyumbangkan wangnya untuk tujuan amal. 

"Dia berjanji akan menyumbangkan wangnya sebesar USD5 Juta untuk amal jika saya menunjukkan sijil kelahiran itu. Jadi, hari ini saya menuntut Bill Maher secara langsung menyumbangkan wangnya untuk tujuan amal,” ujar Trump. 

Video:

p/s: Agak-agak korang, sama ke muka Donald Trump dengan orang utan? Hahaha

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...