Jom Singgah Sini =)

Wednesday 19 December 2012

[Gambar] Keadaan Daif Pekerja Pembuat Kasut Mewah Di India *0*

Butik kasut mewah buatan India iaitu Catwalk mungkin merupakan jenama yang tidak asing bagi mereka gemar membeli dan mengumpul kasut-kasut buatan tangan di seluruh dunia..Namun, apa yang tidak kita ketahui, keadaan dan kehidupan daif para pekerja yang membuat kasut mewah untuk dipakai oleh golongan kaya tidak diberi perhatian oleh pihak majikan mereka..Nak tahu berapa teruknya keadaan mereka, meh usha kat bawah ni..


Keadaan kedai dan kiosk yang menjual barangan mewah seperti Catwalk mungkin ramai yang menganggap butik ini menggunakan tenaga pakar dan bayaran yang lumayan bagi pekerja yang menghasilkan kasut ini, namun sebaliknya..

Penyelidikan dan siasatan yang dilakukan telah mendedahkan keadaan daif dan teruk pekerja Catwalk. Jentera yang hanya digunakan bagi menghasilkan kasut mewah keluaran butik tersebut ialah mesin jahit, manakala proses yang lainnya hanyalah dengan menggunakan tenaga manual, iaitu kerja tangan. Para pekerja berkenaan telah dipaksa bekerja lebih masa, kekurangan makanan dan telah diperlakukan seperti seekor lembu.

Perbezaan mengenai keadaan butik yang cantik dan keadaan kilang membuat kasut tersebut amat mengejutkan semua pihak.

Produk daripada syarikat berkenaan  telah memberi keuntungan yang besar dengan cara memperhambakan pekerja. Kaedah ini perlu diharamkan dan pemilik syarikat perlu dihukum.


p/s: Kedai jual barangan mewah, untuk juta-juta tapi kebajikan pekerja sendiri terabai =,='


2 comments:

Unknown said...

dalam banyak2 shoe maker ade juga ye macam ni. nak tenaga buruh murah la katakan..isk3

shuttet said...

nasib buruh di India..Kerja kuat tapi gaji ciput je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...