Jom Singgah Sini =)

Wednesday 5 December 2012

[Gambar] Blok LEGO Yang Diperbuat Daripada Emas =D

LEGO merupakan permainan yang bercirikan menyusun atur binaan yang terkenal dan paling lama bertapak di dunia..Ia merupakan set permainan klasik yang sesuai dimainkan oleh semua jenis peringkat umur..Namun, ada satu blok istimewa yag mungkin korang tak akan gunakannya untuk di buat main kerana ia diperbuat daripada emas tulen dan amat bernilai..Nak tahu macam mana rupa benda tu, meh usha kat bawah ni..


Blok LEGO yang diperbuat daripada emas ini merupakan simbol kemuncak pencapaian dalam permulaan syarikat LEGO dan ia ditawarkan kepada rakan niaga dan para pekerja yang setia mengekalkan sekurang-kurangnya 25 tahun perkhidmatan. 

LEGO emas ini dibuat mengikut acuan blok tradisional dengan ukuran 2 X 4 secara pepejal dengan emas 14 karat. Blok istimewa ini tidak dapat dilihat oleh mereka yang tidak bekerja dengan syarikat LEGO dan ia hanya ada satu yang akan dikeluarkan dalam tempoh setahun sekali atau setahun dua kali.

Kini, sebuah laman web yang dikenali sebagai Brick Envy,Inc, untuk semua blok LEGO yang anda mahukan dan keperluan lain telah mendapat mandat untuk menjual satu kepingan blok yang istimewa itu. Anda boleh membeli kepingan LEGO emas ini pada harga USD$14,500, namun status terkini menunjukkan yang mereka kehabisan stok dan anda yang masih berminat mungkin terpaksa menunggu untuk sementara waktu bagi mencari wakil penjual yang baru.

Bagaimana, ada yang berminat untuk membeli?


p/s: Pengumpul set LEGO mungkin berminat nak beli..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...