Jom Singgah Sini =)

Wednesday 5 December 2012

[Gambar] Jejambat Pejalan Kaki Yang Unik Di China =D

Kawasan laluan pejalan kaki merupakan binaan asas yang perlu ada di setiap jalan raya di dalam bandar-bandar utama..Ini bagi memudahkan pergerakan pejalan kaki yang ingin bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan selamat..Namun, di China, terdapat jejambat laluan pejalan kaki yang amat menarik..Nak tahu sebab apa? Meh usha kat bawah ni..


Jejambat laluan pejalan kaki yang berbentuk bulatan ini telah dibina di kawasan bandar yang sibuk dengan urusan perniagaan iaitu di Pudong pada tahun 2010. Matlamat utamanya adalah untuk mengasingkan aliran trafik dengan pejalan kaki dan mengelakkan kesesakkan lalu lintas yang teruk. Jejambat ini mempunyai lebar sebanyak 7 meter dan ia juga tersedia dengan eskalator dan lif. Menarik kan?


p/s: Buat la jejambat sehebat mana pun, kalau masih ada mentaliti pejalan kaki yang suka meredah jalan raya membuta tuli..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...