Jom Singgah Sini =)

Friday 16 November 2012

[Video] Kewujudan Yeren, Si Manusia Hibrid Di China *0*

Bagi sesetengah pengkaji hidupan liar, kewujudan Yeti atau lebih dikenali sebagai Bigfoot mungkin merupakan suatu haiwan mitos yang sukar untuk dibuktikan..Namun, di China, terdapat sejenis manusia hibrid yang dikenali sebagai Yeren wujud dan tinggal bersama salah seorang penduduk di sebuah kampung di sana..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha lat bawah ni..


Manusia di dalam video di bawah dikatakan anak daripada hasil ibunya yang telah dirogol oleh Yeren yang lain. Pada masa kejadian, si ibu telah hilang berbulan-bulan lamanya dan sejurus selepas pulang ke rumah, dia langsung tidak bercakap dengan sesiapa tetepi mendakwa telah dirogol oleh Yeren. Pihak saintis pernah memberitahu hasrat mereka untuk mengkaji si anak namun telah dihalang oleh si ibu dan meminta mereka meninggalkan tempat tersebut.

Yeren, atau dirujuk sebagai Yiren, Ren Yeh, Chinese Wildman, atau Wildman of China, Manusia Monyet dan Manusia Beruang dikatakan merupakan sejenis bangsa manusia yang belum pernah ditemui dan menjadikan kawasan pergunungan dan hutan di wilayah Hubei, China sebagai tempat tinggal mereka.

Yeren sering digambarkan sebagai makhluk yang berbadan besar, berbulu dan berkaki dua dan ditafsirkan mempunyai pertalian hubungan yang kuat dengan Bigfoot di Amerika Syarikat, Yeti di Tibet dan Nepal dan Yowie di Australia.

Walaubagaimana pun, keterangan yang diberikan oleh si ibu yang mengatakan dia dirogol oleh Yeren mungkin agak sukar dipercayai dan rata-rata masyarakat menganggap anaknya itu hasil daripada kecacatan kelahiran yang melampau. 

Di China dan kebanyakkan bahagian lain di dunia agak cenderung untuk menjaga anak-anak yang kurang upaya daripada dilihat oleh khalayak ramai bagi mengelakkan penghinaan. Dalam beberapa kes, ibu bapa akan menyalahkan syaitan dan makhluk ghaib yang menyebabkan kecacatan anak mereka.


Video:

p/s: Apa pendapat anda? Manusia ni makhluk hibrid (Yeren) atau pun hasil kecacatan sejak lahir?

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...