Jom Singgah Sini =)

Saturday, 17 November 2012

Tukang Masak Kedai Nasi Kandar Berbangsa India? *0*

Sukar untuk dipercayai bahawa tukang masak di salah sebuah restoran nasi kandar adalah berbangsa India..Hal ini terbongkar apabila berita di bawah ini tersebar..Nak tahu dengan labih lanjut, meh baca kat bawah ni..



GEORGE TOWN: Seorang tukang masak dijumpai mati di dalam tandas sebuah restoran nasi kandar di Bayan Baru semalam, dengan lehernya hampir putus. 

M. Muthuraj, 33, seorang warga India yang telah bekerja di restoran itu selama empat tahun, dijumpai oleh anggota Jabatan Bomba dan Kecemasan, yang dikejarkan ke sana lebih kurang pukul 8 malam, menurut laporan Bernama. 

Polis pada mulanya diberitahu bahawa seorang lelaki telah terjatuh di dalam tandas dan pintu tersebut dikunci dari dalam, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP Mohd Nasir Salleh.

"Anggota keselamatan memecahkan pintu tandas tersebut dan menjumpai Muthuraj terbaring diatas lantai. Sebuah pisau pemotong daging dijumpai berhampiran mayat beliau," kata Mohd Nasir. 

Dia berkata mayat lelaki tersebut dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah-siasat. Beliau berkata, buat masa ini, pihak polis tidak mengesyaki kewujudan elemen jenayah dalam kes tersebut. 

Mohd Nasir berkata Kedutaan India telahpun diberitahu tentang kematian Muthuraj.


Sebelum ni pun pernah heboh mengenai TOWKEY nasi kandar merupakan seorang yang berbangsa India a.k.a Hindu - Baca SINI.


Sumber: DemoLoNie

p/s: Pihak JAKIM perlu selalu memantau pihak restoran nasi kandar ini agar status halal nya tidak meragukan pelanggan.

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...