Jom Singgah Sini =)

Sunday, 18 November 2012

[Gambar] Akibat Langgar Peraturan Lalu Lintas, Perempuan Ini Dihukum Dengan Hukuman Yang Memalukan..

Seorang pemandu wanita di Amerika Syarikat terpaksa berdepan dengan hukuman yang memalukan akibat melanggar peraturan jalan raya..Nak tahu apa jenis hukuman yang dikenakan kepadanya, meh usha kat bawah ni.. 


NEW YORK - Hukuman bagi pesalah lalu lintas tidak selalu bersifat penjara ataupun disaman. Tetapi seorang perempuan di Amerika Syarikat (AS) telah diberikan hukuman yang sengaja untuk membuat dirinya malu.

Shena Hardin menanggung malu di depan orang banyak ketika dipaksa memegang tulisan yang menujukkan dirinya adalah seorang yang bodoh. Sebelumnya perempuan berusia 32 tahun itu didapati memandu keretanya hingga naik ke atas laluan pejalan kaki demi memotong sebuah bas sekolah.

Hukuman kepada Hardin ini telah dijatuhkan oleh seorang hakim di Mahkamah Cleveland, Ohio. Tindakannya itu memang dianggap berbahaya, kerana ia boleh mengganggu perjalanan bas yang dipenuhi oleh anak-anak.

"Hanya manusia bodoh yang memandu keretanya di atas laluan pejalan kaki, demi memotong sebuah bas sekolah," isi tulisan yang harus dipegang oleh Hardin, seperti dikutip Orange, Sabtu (17/11/2012).

Hardin pun berdiri selama satu jam di bawah cuaca dingin, di wilayah yang ramai. Dirinya juga harus mengabaikan para pengguna jalan yang membunyikan honnya ketika melihat tingkahnya dengan papan yang memalukan itu.

Lisa Kelley mengaku puterinya yang baru berusia sembilan tahun, tertawa terbahak-bahak melihat hukuman yang diberikan kepada Hardin. Sementara beberapa warga lainnya juga menilai hukuman ini setimpal untuknya, kerana perempuan itu seperti tidak menyesal setelah melakukan tindakan yang berbahaya dan mengancam nyawa anak-anak di dalam bas.


Video:

p/s: Jangan ingat bila pegang stereng kereta, boleh buat apa yang kita suka..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...