Jom Singgah Sini =)

Tuesday, 14 August 2012

[Gambar]: Kehidupan Adik Barack Obama Yang Berbeza Dengan Abangnya, Presiden US *0*

Presiden Barack Obama mungkin merupakan pemimpin bagi negara yang paling berkuasa di dunia iaitu Amerika Syarikat..Namun, di sebalik kehidupannya sebagai seorang pemimpin, mungkin ramai daripada kita tak tahu yang beliau sebenarnya mempunyai seorang adik tiri yang dikenali sebagai George Hussein Obama yang mempunyai kehidupan berbeza dari beliau..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..


Jika Barrack Obama tinggal di rumah Putih serba mewah dengan pesawat canggih Air Force One, adiknya pula, George Hussein Obama,30 tinggal di dalam pondok buruk satu bilik berdindingkan zink di perkampungan Huruma, kawasan setinggan terkenal di Nairobi.

Kedua-dua beradik ini berkongsi bapa yang sama, tetapi berlainan ibu. Barrack Obama dilahirkan di Hawai, daripada isteri kedua bapanya, manakala George Hussein Obama pula daripada isteri keempat dilahirkan di Kenya.

George membesar di pinggir bandar kelas pertengahan Nairobi dengan ibunya, yang berkahwin semula dengan seorang lelaki kulit putih, seorang pekerja bantuan Perancis. sebenarnya dia begitu kesal dengan kehidupannya berbapakan lelaki kulit putih. 'Saya satu-satunya lelaki yang mempunyai bapa kulit putih di kampung saya. Saya mahu menjadi sama seperti kanak-kanak kulit hitam yang lain,"katanya.

George mula minum dan menghisap ganja pada usia sepuluh tahun dan lima tahun kemudian dia telah dibuang daripada sekolah berasrama penuh tempat beliau bermain ragbi dan belajar bahasa asing kerana mengambil dadah. 

Bekas penagih dadah dan arak ini berhijrah ke Nairobi di kawasan perumahan miskin dengan alasan nama keluarganya menjadi beban kepadanya sejak Barrack Obama menjadi Presiden Amerika. 

Beliau kini merupakan penyelaras Huruma Football Club, sebuah pasukan perbandaran yang terdiri daripada anak-anak yatim, bekas banduan dan penagih dadah - Daily Mail


p/s: Abang orang berkuasa atas planet, adik terpinggir miskin macam ni..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

1 comment:

Unknown said...

betul ke ni??
kdg2 ni dakyah org nak jatuhkan obama je..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...