Jom Singgah Sini =)

Tuesday, 14 August 2012

Tasik La Brea: Tasik Tar Terbesar Di Dunia *0*

Tasik lazimnya dikenali dengan isi padunya yang dipenuhi air berserta pemandangan sekelilingnya yang indah..Namun, sebuah tasik di Danau Pitch ini yang terletak di Trinidad, California berbeza dengan tasik-tasik lain yang terdapat di dunia kerana di tasik ini lah terletaknya kandungan tar semulajadi atau asphalt terbesar di dunia..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Tasik ini pertama kali nya telah ditemui oleh Sir Walter Raleigh pada tahun 1595 yang terkejut dengan pemandangan yang dilihatnya. Tasik La Brea ini mempunyai keluasan kira-kira 40 hektar persegi dan apa yang unik nya, tasik ini tidak mengandungi air mahupun lumpur tetapi dipenuhi dengan bitumen.

Dengan sebahagian bitumen sekitar tasik ini yang sudah pun mengeras, para pengunjung dapat berjalan-jalan di atas permukaannya tanpa perlu berasa bimbang. Fenomena ganjil lain yang terdapat di tasik ini ialah sekiranya ada sesuatu yang jatuh di atas permukaan tasik ini seperti daun kering, kayu, atau haiwan mati, ia akan ditarik secara perlahan-lahan ke bawah tasik dan akan diluahkan semula selepas beberapa bulan atau tahun.

Selain itu juga, kawasan sekitar tasik ini juga terkenal sebagai kawasan yang mempunyai fosil. Oleh itu, para pengunjung juga berpeluang untuk melihat fosil-fosil haiwan yang ditemui di sekitar tasik tersebut di George. C Page Museum of La Brea Discoveries.







p/s: Keajaiban geologi yang menarik..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...