Vivian yang tinggal di Bakersfield, California dan sudah pun berusia 62 tahun pernah bekerja di dalam sarkas. Vivian dilahirkan dengan mempunyai keadaan hypertrichosis atau dikenali dengan sindrom serigala di mana bulu-bulu atau rambut tumbuh secara berlebihan pada wajah.
Selain itu, Vivian juga dilahirkan sebagai hermaphrodite atau orang yang memiliki 2 jenis kelamin. Namun ketika masih kecil, ibu nya telah meminta doktor untuk membuang alat kelamin lelaki kerana ibu nya amat inginkan anak perempuan.
Si ayah juga pernah menyuruhnya keluar dan bekerja di dalam bidang pertunjukkan ketika dia masih berusia 5 tahun – dengan gaji $1,000 sebulan yang di kirim ke rumah – kerana sangat malu dengan keadaan Vivian.
Vivian sendiri pernah memiliki seorang anak lelaki bernama Richard Lorenc, 33 tahun, di mana semasa anak nya itu berusia 3 tahun, Richard telah diambil dari jagaan Vivian dan kemudian di letak di bawah jagaan orang lain ketika berusia 7 tahun.
Namun baru-baru ini, kedua beranak ini berjaya bertemu semula setelah pihak Jabatan Sosial menyiasat selama 6 minggu untuk membolehkan Richard bertemu dengan ibunya semula.
Vivian pada waktu ini sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan rumahnya di California dan tinggal di Kansas, bersama-sama dengan anaknya itu.
p/s: Erkkk! Nampak macam lelaki pun ada jugak =,='
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment