Pelajar di institut ini akan diajar cara-cara untuk mengorat lelaki kaya berdasarkan teknik yang akan membuatkan mereka menjadi lebih menarik bermula dengan cara memakai mekap se-anggun mungkin sehingga lah cara membuat ekspresi muka yang boleh menarik perhatian lelaki kaya..
“Keluarga saya menguruskan perniagaan kecil…kadang-kadang ia menjadi perkara yang sulit bagi kami,” katanya kepada Reuters. “Selama tempoh itu, saya sering bertanya kepada diri sendiri, mengapa saya harus melakukan perkara ini. Jadi saya mulai berfikir, sekiranya saya boleh berkahwin dengan orang kaya, setidaknya saya tidak akan berasa bimbang,” ujarnya.
Pada pandangan Ling Bing pula, iaitu seorang wanita yang 28 tahun berharap latihan yang dia jalani dapat memberikan gambaran masa depan yang lebih baik. Menurut nya lagi, pelajar akan diajar tentang keterampilan berbicara, pengembangan peribadian dan teknik menuang teh secara tradisional—yang menunjukkan keanggunan seorang wanita.
“Saya berharap standard orang yang akan berhubungan dengan saya pada masa hadapan akan lebih tinggi, berbanding sebelum saya menghadiri kelas ini,” katanya. “Ertinya, mereka telah mencapai tahap kejayaan dan promosi tertentu dalam karier mereka. Jadi dalam proses ini, jika saya berkenalan orang kaya misalnya, hasil latihan ini akan dapat membantu,” tambah Bing.
Shao Tong, pengasas yang sekaligus menjadi pengajar di sekolah tersebut, ingin menunjukkan kepada para pelajarnya bagaimana cara yang betul untuk memecahkan karakter dan keperibadian seorang lelaki.
Tong mengatakan sekolahnya mampu mendorong perempuan untuk menjadi yang insan yang terbaik. “Kami memelihara kualiti dalaman dalam mengembangkan potensi para pelajar.Sekiranya saya mengiklankan bahawa sekolah ini khusus untuk mengajar anda bagaimana cara untuk membangunkan sebuah keluarga yang baik dan memperbaiki diri sendiri, maka gadis-gadis muda tidak akan datang ke sekolah ini. Keran mereka fikir, sekolah yang khusus untuk membina keluarga hanya lebih sesuai untuk wanita yang sudah berumur", jelasnya.
“Jadi saya berfikir, mengapa tidak kata sahaja sekolah ini untuk menikahi lelaki kaya?” kata Tong. Beberapa orang lelaki bujang yang kaya-raya juga pernah berkunjung ke sekolah ini untuk mencari pasangan hidup, dan mereka mampu menghabiskan sehingga 30,000 yuan hanya untuk bayaran sesi perkenalan.
Dalam beberapa bulan terakhir, sekolah ini telah berjaya menjodohkan 30 pasangan yang berakhir di jinjang pelamin. “Dengan mengambil kelas di sekolah ini, perempuan dapat meningkatkan kualiti hidup pribadinya—dan mungkin menjangkau harapan orang lain seperti kita yang ingin mencari teman atau pendamping hidup,” kata Wen Wen (32), yang kini telah menjdai salah seorang alumni BMECW.
p/s: Berkahwin kerana duit, boleh bertahan lama ke? 0.0
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment