Menurut kisah, sekiranya seseorang itu menyeru si "Jelangkung", dia harus menyebut serangkap jampi serapah atau mentera seperti ini, "Datang tak dijemput, pulang tak dihantar." Untuk menyeru "Bloody Mary" pula, cara yang sama juga dipraktikkan cuma jampi serapah nya sahaja yang berlainan iaitu, "Mary Worth, Mary Worth, I believe in Mary Worth" secara berulang kali -- ikut peraturan asas, hanya perlu seru 3 kali sahaja untuk memanggil hantu tersebut, namun kalau boleh, sebut secara berulang kali sehingga terasa ada perkara aneh yang berlaku dari dalam cermin.
Siapakah Bloody Mary atau Mary Worth ini? Okay, menurut kisah nya pada suatu ketika dahulu, hiduplah seorang gadis muda bernama Mary Worth. Paras wajah nya sangat cantik. Banyak lelaki yang tergila-gila kan si Mary Worth ni.
Suatu hari, Mary Worth mengalami kecelakaan sehingga wajahnya hancur dan tidak di kenali lagi. Ibu bapa Mary Worth terpaksa menyembunyikan cermin dari rumah mereka agar Mary Worth tidak berasa sedih dengan wajahnya yang sudah buruk. Padahal, sewaktu sebelum kecelakaan itu berlaku, Mary Worth sering mengagumi wajahnya di hadapan cermin.
Pada suatu malam, setelah semua orang di rumah tidur, Mary Worth teringin sangat melihat cermin. Mary pun menuju ke arah kamar yang ada cermin. Betapa sedih dan terkejutnya Mary ketika melihat wajahnya yang hancur itu. Secara tidak langsung, Mary menghancurkan cermin tersebut dan menangis sepuas-puasnya.
Saat itu, dia menjadi sangat kecewa dan meratapi wajah cantiknya yang dahulu. Anehnya, Mary sering berjalan ke dalam cermin dan tinggal di dalamnya. Dia akan muncul ketika ada orang yang menyeru namanya di luar cermin...dan akan mengambil mata orang yang menyerunya.
Walau bagaimana pun, cerita ini adalah tahyul belaka. Namun, terdapat beberapa laporan yang mengatakan mengenai wujudnya imej hantu Mary Worth ketika cuba menyerunya.
Perkembangan Kisah Bloody Mary
Kisah 'urban legend' mengenai Bloody Mary sudah berkembang sejak berabad-abad lamanya. Perkembangan ceritanya mempunyai pelbagai versi. Misal, pada awal abad ke-20, tersebarnya kartun Halloween yang menggambarkan seorang gadis muda berdiri di depan cermin sambil memegang lilin. Kepercayaan yang tersebar ketika itu adalah, gadis-gadis muda yang berdiri di hadapan cermin pada setiap hari Halloween, boleh melihat bakal calon suaminya..
Versi lain dari abad ke-19 pula, seperti yang terkandung di dalam buku cerita yang diterbitkan pada tahun 1883. Menurut kisahnya, mengenai seorang gadis yang berdiri di depan cermin, tiba-tiba muncul asap hijau yang pekat dari dalam cermin, di ikuti kemunculan hantu yang sudah pun berdiri di belakang si gadis.
Kisah mengenai Bloody Mary ini menjadi semakin popular sejak tahun 1960-an sehingga membawa kepada kemunculan komik dan filem mengenainya. Salah satunya filem "Urban Legends: Bloody Mary" pada tahun 2005 yang menceritakan kisah yang sangat berbeza daripada versi asal.
Bagaimanapun, Bloody Mary akan tetap menjadi kisah seram yang berterusan "menghantui" anak-anak anda, apalagi bagi mereka yang teringin bermain dengan hantu cermin. Ada yang berani nak cuba tak?
p/s: Jaga-jaga masa tengok cermin malam-malam buta..Hehehehe (gelak jahat) =D
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment