Penyanyi tersebut mem-posting botol perfume terbarunya di Twitter. Penyanyi 26 tahun itu terpaksa mendedahkan rekaan perfumenya, setelah majalah Flare membocorkan maklumat mengenai reka bentuk botol perfume bernama 'Fame' itu.
"Looks like photos of my perfume are being leaked. Oh you fashion editors, I could just crinkle my hands at you!" tulis Lady Gaga di Twitter miliknya sambil mem-posting jenama perfumenya.
Gaga berasa terkilan dengan sikap editor dari majalah tersebut yang telah membocorkan maklumat mengenai perfumenya itu. Perbuatan 'jahil' si wartawan tersebut telah membuat Gaga mengambil tindakan dengan mendedahkan produk perfumenya ke seluruh dunia melalui Twitter.
Kemasan botol perfume yang telah lama di tunggu-tunggu itu di dominasi dengan warna ungu dan emas. Warna emas terdapat pada penutup botolnya yang berbentuk seperti prisma.
Gaga juga telah mendedahkan beberapa perkara tentang perfumenya. Penyanyi yang mendapat jolokan 'Mother Monster' oleh para peminatnya itu menjelaskan bahawa perfume pertamanya itu khusus untuk golongan wanita.
"My perfume was designed for women, but a lot of my gay friends wear it," tulis Gaga lagi.
Walaupun Gaga menyebut perfumenya beraroma seperti sperma dan darah, sebenarnya perfume tersebut tidak diperbuat dengan bahan-bahan yang menjijikkan itu.
Jika dilihat dari kandungan yang ada di belakang kotak botol perfumenya, ia hanya diperbuat daripada bahan-bahan dengan nama yang cukup aneh seperti tears of belladonna, crushed heart of tiger orchidea with a black veil of incense, pulverized apricot dan the combinative essences of saffron and honey drops.
p/s: Rasa-rasa, ada ke perempuan yang minat nak pakai perfume macam ni? =,='
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment