Jom Singgah Sini =)

Thursday 21 June 2012

Jaga-Jaga! Pen Ujian Arus Elektrik Tiruan *0*

Bagi korang yang ingin membeli alat-alat untuk membaiki kelengkapan elektrik, sila pasti kan alat yang korang beli tu merupakan alat yang original..Salah satu alat yang berjaya dibongkar adalah pen ujian arus elektrik (Electrical test pen) ni..Alat ini digunakan untuk memeriksa kehadiran arus elektrik terutamanya ketika membaik soket atau plug..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha gambar kat bawah ni..


Alat tiruan ini mempunyai lambang dan cap logo yang serupa seperti jenama Philips. Ia nya dilaporkan telah pun dijual secara meluas di kedai-kedai hardware dengan harga yang sama dengan jenama Philips yang original iaitu RM8.

Cara untuk membezakan antara yang original dan palsu, alat yang original dijual dalam bentuk bungkusan standard Philips, manakala yang palsu dijual dalam bekas plastik lutsinar.

Logo palsu nya pula hanya mempunyai dua garisan 'ombak' dan bintang serta perkataan "Made in Gamany" pada pemegangnya, manakala yang original sepatutnya mempunyai 3 garisan 'ombak' dan perkataan "Made in Germany".

Alat tiruan ini amat berbahaya dan elakkan daripada membelinya.






p/s: Pastikan korang cek dulu betul-betul jenama ni dan elakkan daripada tertipu..











No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...