Jom Singgah Sini =)

Thursday, 21 June 2012

7 Hikmah Diharamkan Zina *0*

Pernah kah kita dengar mengenai kes-kes pembuangan bayi dan kes hamil anak luar nikah yang berleluasa dalam masyarakat kita sekarang ini? Apakah penyebabnya? Yaa, zina! Tetapi malangnya doktrin bahawa zina itu adalah perbuatan keji dan dosa besar tidak membuatkan para pelaku takut kepada zina..Mungkin disebalik penjelasan hikmah berkenaan pengharaman zina ini akan membuka mata masyarakat untuk bersama-sama menghalang budaya zina ini..Mari lihat di bawah ni..



Pertama:

Menjaga kehormatan perempuan agar tidak dijadikan barang yang diperjualbelikan kerana Islam datang untuk memuliakan manusia, baik laki-laki dan perempuan.


Kedua:


Mencegah percampuran nasab kerana dengan dibolehkan zina bererti memasukkan anak yang bukan dari benihnya ke dalam keluarga yang nantinya akan mewarisi. Bukan anaknya dan memperlakukannya sebagai mahram padahal bukan mahramnya.


Ketiga:


Mencegah banyaknya anak yang diabaikan orang tua akibat malu anaknya lahir dari hasil perzinaan. Dan, melindungi bayi-bayi yang dibunuh ibunya sendiri ketika masih dalam kandungan (aborsi).


Keempat:


Menjaga keutuhan dan ketenteraman dalam rumah tangga.


Kelima:


Pengharaman zina sesuai dengan fitrah manusia yang mempunyai rasa ghirah / cemburu terhadap kehormatannya, di mana tidak mungkin seseorang boleh menerima dan rela melihat isteri, anak, ibu, dan saudari nya menjadi barang yang diperjualbelikan dan dijadikan pemuas nafsu orang lain. Sebagai mana nasihat Nabi dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Baihaqi, dan Thabrani, kepada pemuda yang meminta izin kepada Beliau untuk dibiarkan melakukan zina, dengan menanya kan kepada dia apakah rela orang lain berzina dengan ibu, anak, sau dari dan ahli keluarganya yang lain .


Keenam:


Mencegah tersebarnya kejahatan, khususnya pembunuhan, disebabkan rasa cemburu, di mana seorang suami boleh membunuh isterinya dan lelaki yang berzina dengannya kerana rasa marah, cemburu ketika melihat isterinya berzina dengan lelaki lain, atau lelaki boleh membunuh suami wanita yang dizinahinya.


Ketujuh:


Mencegah penyebaran penyakit berjangkit yang merupakan hukuman dari Allah atas tersebarnya perbuatan keji tersebut, seperti HIV / AIDS. Rasulullah bersabda, "Tidaklah tampak zina di dalam suatu kaum, kemudian dilakukan secara terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah-tengah mereka taun (wabak) dan penyakit-penyakit yang tidak pernah menjangkiti generasi sebelumnya." (HR. Ibnu Majah, al -Hakim dan Abu Nu'aim).




Sumber: DetikIslam

p/s: Mari lah kita bersama-sama menjaga kemaslahatan diri daripada terjebak dalam budaya zina..Wallahu a'lam bish shawab =D


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...